1 comment

Ilham Rabbani Jr Bakal Muncul Album Zikir

by on September 7, 2012
 

Ilham Asri Rabbani. Gambar ihsan: Muhamad Alief Edzwan.

 

Muhammad Ilham Fikri Bin Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Ilham Rabbani Jr dikhabarkan bakal muncul dengan sebuah album zikir dibawah label Rabbani Production (M) Sdn Bhd. Anak keempat Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) ini dikatakan bakal muncul dengan album sulungnya pada penghujung tahun ini.

Berita ini telah dimaklumkan oleh Ustaz Mohd Asri Ubaidillah, Pengarah Urusan Rabbani Production sewaktu menyampaikan ucapan di Majlis Soft Launch Album Melodi Tazkirah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Menurut Ustaz Mohd Asri Ubaidillah, Rabbani Production akan merakamkan sebuah album zikir yang dialunkan oleh anak Almarhum Ustaz Asri sendiri. Ia dilihat sebagai satu usaha untuk menyambung perjuangan dakwah Almarhum Ustaz Asri Ibrahim melalui medium seni suara.

Pun begitu, pihak Munsyeed{Dot}Com masih samar-samar adakah Adik Ilham akan muncul solo dalam album zikir tersebut atau beliau akan digandingkan bersama abang-abangnya Nasiruddin dan Muhammad Fathi atau beliau bakal muncul bersama Kumpulan Rabbani Jr. Biarkan persoalan ini menjadi teka-teki. Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Rabbani Production (M) Sdn Bhd sendiri.

Untuk makluman semua, Adik Ilham yang semakin kacak ini sedang meneruskan pengajian bersama abangnya, Muhammad Fathi di Pusat Pendidikan Al-Barakah milik Al-Fadhil Ustaz Kazim Bin Elias Al-Hafiz di Ipoh, Perak. Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga kedua-dua anak Almarhum Ustaz Asri Ibrahim ini berjaya dalam pelajaran dan menjadi pendakwah dan pejuang Islam yang disegani kelak.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • norayni binti laampe
    March 20, 2014 at 3:27 pm

    semoga adik ilham berjaya dalam apa jua .. perjuangan hendaklah diteruskan demi merealisasikan keinginan seorang ayah kepada anaknya

    Reply

Leave a Response