0 comments

Rabbani Raikan Aidilfitri Bersama Ana Edar

by on September 21, 2012
 

Aidilfitri sudah sampai ke penghujungnya. Namun, ia tidak bermakna tidak perlu untuk terus mengeratkan ukhwah sesama Muslim.

Satu Majlis Aidilfitri akan dianjurkan oleh syarikat Ana Edar Sdn Bhd pada 22 September 2012. Majlis yang bakal diadakan di Dewan Serbaguna Ana Edar bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik. Malah, Ana Edar turut menyediakan hadiah buat para pengunjung bertuah.

Kumpulan Rabbani dijangka akan turut membuat persembahan dalam majlis tersebut. Bukan itu sahaja, Ustaz Haslin Baharin yang terkenal dengan jolokan Ustaz Bollywood juga bakal tampil dalam Majlis Tersebut.

Majlis yang bakal bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang mengenakan bayaran sebanyak RM 35 (Seorang) atau RM 60 (berpasangan), manakala kanak-kanak berusia 6-12 tahun hanya dikenakan bayaran RM 15 sahaja. Berminat, boleh hubungi Puan Zakiah di talian 03-61890484 (HQ) atau SMS ke 019-3388274/265

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response