0 comments

Sakinah Sempurnakan Hidup Anas

by on September 19, 2012
 

Ahli kumpulan Firdaus, Anas Tahir, 29, telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan, Sakinah Binti Rohaizat, 27, hujung Ogos lalu. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh, Selangor selepas Solat Jumaat pada 24 Ogos 2012.

Menurut adik kepada Faizal Tahir ini, isteri beliau Sakinah Binti Rohaizat merupakan rakan satu sekolah beliau sewaktu belajar di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur di Keramat.

“Saya mula mengenali Sakinah semasa kami bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin KL. Waktu itu saya darjah 3 dan dia pula darjah 1. Kami naik satu van tetapi tidak pernah bertegur pun sebab dia adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Sifat ini yang buat saya jatuh hati pada dia.” jelas Anas sambil tersenyum.

Menurut Anas, mereka hanya sempat satu sekolah selama setahun sebelum Anas pindah ke sekolah lain disebabkan faktor jarak sekolah dan rumahnya yang agak jauh.

Menceritakan detik-detik pertemuan semula diantara dua hati ini, Anas tanpa berselindung berkongsi cerita manis diantara beliau dan permaisuri tercinta, Sakinah Binti Rohaizat.

Tahun 2004 saya join kumpulan nasyid Fareast. Waktu tu saya rajin berforum. Tiba-tiba saya terpandang nama Sakinah yang turut rajin berforum pada ketika itu. Hampir setahun saya melayan forum.

Akhirnya, pada hari raya tahun 2004, Sakinah hantar kad raya kepada saya. Saya lihat nama penuh dia Sakinah Binti Rohaizat dan alamatnya di Sungai Buloh. Saya memang familiar dengan nama ayah dia. Saya terus buka forum dan hantar private message untuk tanya beberapa perkara kepada Sakinah untuk mendapatkan kepastian.

Ditakdirkan Allah, memang dia lah Sakinah Binti Rohaizat yang pernah saya kenali di SRI Al-Amin dulu. Pada masa itu, segala memori silam muncul satu demi satu.

Pertemuan pertama antara saya dan Sakinah sewaktu gathering Mirwana pada tahun 2004, dimana 1st time saya lihat sakinah depan mata setelah tidak pernah mendengar khabar berita semenjak dari tahun 1994. Rasa berdebar dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.

Semenjak kali pertama bertemu semula, kami kerap berhubung dan saling memberi semangat antara satu sama lain. Sakinah yang telah mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran di Swansea University di United Kingdom dalam jurusan Mekanikal. Banyak dugaan yang ditempuhi memandangkan saya kena belajar sambil bekerja kerana saya tidak dapat biasiswa.Waktu itu, Sakinah banyak memberi semangat dan sokongan untuk saya terus menyambung pengajian hingga berjaya.

8 tahun tempoh perkenalan kami yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Sakinah seorang yang cukup penyabar. Berkat kesabaran Sakinah yang setia menunggu saya, akhirnya dengan izin ALLAH SWT, kami disatukan menjadi pasangan suami isteri.” jelas Anas sambil tersenyum.

Terpancar senyuman dari wajah Anas. Ternyata, kesabaran Sakinah membuatkan jiwa lelakinya tersentuh. Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke syurga dengan berkat kasih sayang ALLAH SWT.

Tahniah Anas Tahir dan Sakinah Rohaizat.

-Munsyeed{Dot}Com

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response