0 comments

Ustaz Kazim Tolak Tawaran Berlakon

by on September 8, 2012
 

Ustaz Kazim Elias

 

Penceramah agama terkenal, Al-Fadhil Ustaz Kazim Bin Elias Al-Hafiz (UKE) mengesahkan yang beliau ada menerima beberapa tawaran berlakon dari syarikat produksi drama dan filem tempatan. Bagaimanapun, Ustaz Kazim telah menolak semua tawaran berlakon tersebut dengan cara baik.

Ustaz Kazim Elias yang ditemui di Majlis Pelancaran Album Melodi Tazkirah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, menyifatkan bidang lakonan bukan bidang beliau dan beliau lebih selesa menumpukan sepenuh perhatian dalam memenuhi jemputan ceramah agama dan menguruskan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diasaskan oleh beliau di Ipoh, Perak.

“Ada banyak syarikat yang memberi tawaran berlakon kepada saya. Mereka mahu saya melakonkan watak ustaz dalam drama tersebut kerana mereka agak sukar mencari individu yang sesuai melakonkan watak tersebut selepas pemergian Allahyarham M.Rajoli. Tetapi saya tidak berminat dan saya tolak dengan baik.” jelas Ustaz Kazim Elias di Majlis Soft launch Album Melodi Tazkirah.

Disamping itu, Ustaz Kazim  memberitahu yang beliau turut menerima pelbagai pelawaan dari syarikat rakaman yang berminat untuk membuat album lagu-lagu lama mahupun nasyid untuk beliau. Namun, buat masa ini, Ustaz Kazim selesa memilih Rabbani Production (M) Sdn Bhd dan album sulung hasil kolaborasi Ustaz Kazim dan Rabbani kini sudah mula menjengah pasaran sejak awal Ogos 2012.

“Setiap individu ada peranannya dalam menjalankan dakwah. Setiap orang boleh melakukan kerja dakwah berdasarkan profession masing-masing. Kalau jadi guru, jadilah guru yang bertaqwa. Jadi jurutera, jurutera yang bertaqwa dan jadi tukang masak, tukang masak bertaqwa. Setakat ini, saya selesa menjadi penceramah agama dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Yang lain (berlakon dan menyanyi), biarlah orang lain yang buat.” ulas Ustaz Kazim Elias.

Tahniah Ustaz Kazim Elias diatas pendirian tersebut. Semoga usaha dakwah ini dapat dijalankan dengan baik dan dibuat secara kolektif. Ameen.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response