0 comments

BHC Rai Rakan Komuniti

by on October 4, 2012
 

Komuniti By Heart Clan turut tidak ketinggalan memeriahkan hari raya Aidilfitri. Berlangsung pada penghujung Syawal lalu iaitu 15 September 2012, mereka mengadakan majlis rumah terbuka mereka bertempat di Dewan Kemas, Taman Batu Muda, Gombak.

Majlis dibuka dengan bacaan doa dan ayat suci al-quran dari salah seorang ahli BHC sendiri(Hafiz), diikuti dengan icapan dari Presiden BHC sendiri iaitu saudara Zulhilmi Yusof serta Pengarah program merangkap juga sebagai timbalan presiden BHC saudara Fuad Zabidi. Ucapan terakhir juga diberi oleh SIFU BHC, Irwan Iskandar dari kumpulan Ruffedge (Abang Jebat)

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis  rumah terbuka ini berlangsung, seperti Cabutan TAK BERAPA bertuah, sesi photoshoot Wall Of Fame rasmi By Heart Clan serta persembahan.

Antara yang membuat persembahan pada majlis tersebut ialah kumpulan SALJUK, FRENZ, SOULAWARD, NEW REBORNZ dan juga kumpulan dari SRA DARUL MUHAJIRIN, yang dijemput khas oleh pihak BHC sendiri. Turut menghadiri majlis rumah terbuka itu adalah pelajar-pelajar kelab nasyid dari UIA Petaling Jaya.

Sebagai penutup,majlis dimeriahkan lagi dengan kejutan yang dibuat oleh BHC untuk salah seorang dari kumpulan SoulAward iaitu Asyraf Fikri yang pada malam itu adalah hari lahir beliau.

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response