0 comments

Fitri’s Clique Tampil Berbeza Demi Peminat

by on November 16, 2012
 

Fitri’s Clique

Saya mendapat tahu mengenai Fitri’s Clique melalui Hafiedz Udu. Waktu itu, kami sedang berborak di kedai makan selepas menziarahi jenazah Almarhum DJ Razak IKIM.FM di Taman LTAT, Bukit Jalil. Pada waktu itu, saya tidak fikir yang kumpulan ini serius berada dalam lapangan muzik kerana menurut Hafiedz, Fitri’s Clique adalah sebuah kumpulan yang terbina hasil ukhwah fillah sesama mereka.

Selepas beberapa bulan berlalu, akhirnya Fitri’s Clique membuktikan yang mereka bukan bermain-main! Kewujudan Fitri’s Clique merupakan satu usaha 4 sahabat yang ingin tampil berbeza menerusi kelainan muzik yang lebih segar dan kontemporari sejajar dengan trend muzik masa kini.

Dari kiri: Hafiedz, Fitri, Shahril dan Epy Syafiq.

Dibarisi oleh bekas vokalis UNIC, Fitri Haris selaku ketua kumpulan, Fitri’s Clique turut menampilkan Hafiedz Udu dari kumpulan AlGebra, Epy Syafiq dan Shahril Salehuddin.

Single pertama mereka, Epilog Seorang Manusia menjadi taruhan pertama Fitri’s Clique untuk menembusi pasaran tempatan. Video muzik rasmi lagu ini juga telah diterbitkan dan diletakkan di laman Youtube untuk tontonan semua.

Apa lagi, jom kita tonton video muzik Epilog Seorang Manusia daripada Fitri’s Clique:

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Fitri’s Clique, layari Facebook mereka di: www.facebook.com/FitrisClique.

 

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response