0 comments

Inovasi Dakwah Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre

by on November 1, 2012
 

Promo Caller Ringtones. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Selebriti muda dakwah terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, muncul dengan inovasi dakwah terkini iaitu nada dering pemanggil (caller ringtone) berbentuk tazkirah. Himpunan lapan tazkirah yang diberi nama “Bersama Kekasih” merujuk kepada adab dan sunnah Rasulullah, yang akan kedengaran oleh pemanggil apabila mendail nombor pelanggan yang melanggan perkhidmatan ini.

Antara koleksi tazkirah yang boleh dilanggan antaranya adalah Adab Bersin, Adab Menguap, Keutamaan Salam dan Bersama Yang Dicintai. Selain itu, produk terbaru ini amat bersesuaian dengan masyarakat masa kini yang sering kesuntukan masa untuk mendengar tazkirah khususnya.

Di samping kesuntukan masa itu, dengan melanggan perkhidmatan ini, mereka tidak lagi ketinggalan untuk mendengar tazkirah ketika meghubungi ahli keluarga mahupun sahabat handai. Melalui inovasi dakwah ini juga, ianya dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai adab – adab serta sunnah Rasulullah dan seterusnya dapat mengamalkannya bersama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan ummah.

Menurut UNIC Records yang menerbitkan produk ini, para pengguna telefon dapat memanfaatkan produk ini dalam menyebarluaskan kecintaan kepada Rasulullah, lebih – lebih lagi dalam keadaan Rasulullah dihina dan dicerca pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, kehadiran produk ini dilihat begitu tepat pada masanya dengan situasi masa kini yang mana kita sebagai umat islam haruslah menyebarkan dan mengamalkan sunnah serta adab – adab Baginda Rasulullah S.A.W bagi menepis pandangan serong masyarakat dunia terhadap islam khasnya.

Di samping itu, menurut pegawai pemasaran yang bertanggungjawab memasarkan album ini, Ustaz Syed cukup terkenal dengan slot – slot beliau di dalam rancangan televisyen dan radio berkenaan adab – adab Rasulullah maka sewajarnya mereka membuat kerjasama dengan beliau dalam produk yang cukup unik ini.

Nada dering pemanggil (caller ringtone) tazkirah ini dapat dimiliki dengan melanggannya secara terus melalui syarikat telekomunikasi utama di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi dan UMobile dengan caj sebanyak RM3.00 sebagai yuran langganan untuk kali pertama dan akan diperbaharui setiap dua minggu dengan kadar caj RM1.50 setiap satu.
Pihak UNIC Records juga sebelum ini telah menerbitkan album sulung Ustaz Syed Abdul Kadir Berjudul, “Ratib Al – Haddad” yang kini hangat di pasaran.

Sebarang pertanyaan mengenai nada dering pemanggil (caller ringtone) tazkirah ini, sila hubungi pejabat urusan UNIC Records di talian +603-6186 4300 / +603-6177 4225 atau emailkan kepada [email protected]

Sudah beli album Ratib Al-Hadad yang dialunkan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre? Kalau belum, jom tonton video promo ini dan dapatkan album terbaik ini di pasaran sekarang. Anda boleh beli secara online di UNIC MyShop di www.eshop.unic.my.
Sudah beli album Ratib Al-Hadad yang dialunkan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre? Kalau belum, jom tonton video promo ini dan dapatkan album terbaik ini di pasaran sekarang. Anda boleh beli secara online di UNIC MyShop di www.eshop.unic.my.

 

– Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response