1 comment

Mu’adz Sertai Demo #SaveGaza

by on November 17, 2012
 

Artis nasyid solo terkenal, Mu’adz Dzulkefly telah menyertai sebuah Perhimpunan Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Gaza (#SaveGaza) di Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Aqsa Syarif, Haluan dan NGO-NGO Malaysia ini merupakan respon terpantas umat Islam di Malaysia selepas tercetusnya serangan bertubi-tubi Israel terhadap wilayah Gaza di Palestin baru-baru ini.

Perhimpunan Aman ini diadakan serentak dengan perhimpunan aman yang turut diadakan di beberapa buah negara yang mengutuk tindakan biadap tanpa perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Gaza. Mu’adz yang merupakan bekas anggota kumpulan Al-Masaar telah hadir dan memberi sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan NGO Malaysia dalam mengutuk dan membantah serangan biadap Israel.

Disamping menjadi artis, Munsyeed{Dot}Com difahamkan Mu’adz juga merupakan seorang aktivis yang lantang memperjuangkan isu Palestin melalui lagu-lagunya.

Kira-kira hampir 1,000 orang hadir ke perhimpunan aman tersebut yang berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Duta Amerika Syarikat di Malaysia.

Selain Mu’adz, Admin & Pengasas Maher Zain Malaysian Fan Club, Mohd Fairuz atau popular dengan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut hadir memberikan sokongan pada perhimpunan aman tersebut. Tidak ketinggalan, Pemangku Ketua Editor Munsyeed Online (Antarabangsa), Usamah Kamaruzaman juga hadir dalam demonstrasi aman itu.

Beberapa gambar sempat dirakamkan oleh peserta demonstrasi yang menyedari kehadiran Mu’adz dalam perhimpunan aman tersebut.  Berikut adalah gambar yang dikongsi oleh peserta demo di Facebook Mu’adz Dzulkefly. (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

Tahniah diucapkan kepada Mu’adz. Semoga ia menjadi contoh yang baik kepada para peminat untuk lebih prihatin dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Takbir! ALLAHU AKBAR!

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response