0 comments

Nora Ungguli 2 Anugerah AIM 19

by on November 17, 2012
 

Hikmah – Nora

 

Lagu nyanyian Nora berjudul Doa dinobatkan sebagai Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-19, malam tadi. Doa merupakan hasil ciptaan komposer Gijie dari Sixth Sense manakala lirik pula dari penulis lirik terkenal, Lukman S. Lagu ini dimuatkan dalam album terbaru Nora berjudul Hikmah.

Menang 2 tahun berturut-turut, pada tahun ini, lagu Doa telah menewaskan 4 lagi calon hebat menerusi kategori yang sama iaitu:

  • Asmaul Husna – Mawi
  • Zikir Allah – Hafiz Hamidun
  • GarisanMu – Izzat Mahadi
  • Erti Al-Fatihah – Voice of Ummi (VOU)

Selain itu, album Nora yang berjudul Hikmah turut dianugerahkan Rakaman Album Terbaik AIM 19.

Pihak Munsyeed{Dot}Com merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada penerbit, komposer, penulis lirik dan artis serta semua yang terlibat dalam pembikinan album Hikmah. Tidak ketinggalan kepada semua finalis yang tercalon. Semoga ia menjadi inspirasi untuk kita lebih berjaya dimasa hadapan.

Dengar cerita, Nora baru sahaja melahirkan anak keempat beliau. Tahniah Nora! :)

Untuk pradengar lagu Doa nyanyian Nora, jom tonton video dibawah:

 

– Munsyeed{Dot}Com.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response