0 comments

Single Taubatku Popularkan Vast

by on November 10, 2012
 

Vast

Industri nasyid tidak pernah sunyi dengan kehadiran bakat-bakat baru yang saban hari mengetengahkan elemen pembaharuan kepada industri nasyid. Pelbagai formula dieksperimentasi bagi melahirkan kumpulan-kumpulan yang mampu memberi impak maksimum dalam industri. Tidak terkecuali, sebuah kumpulan baru yang sedang membina nama di persada nasyid, Kumpulan Vast.

Vast ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011. Nama VAST dipilih kerana bermaksud “luas” yang membawa kepada konsep berdasarkan satu arus muzik yang baru dengan penampilan yang lebih ‘luas’ dan disiniskan satu revolusi muzik yang baru yang tidak tertumpu hanya kepada satu genre sahaja.

Masih lagi dalam pembikinan album pertama, Vast menjanjikan satu kelainan dalam album pertamanya yang akan menemui pasaran tidak lama lagi. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan adalah lagu Taubatku, CintaNya, Selawat, Zikir Cinta dan lain-lain lagi.

Menurut Vast, mereka akan menampilkan lagu-lagu yang berkonsepkan unsur nasihat dan keIslaman. Dianggotai oleh empat anak muda, iaitu Aslam, Aufa, Fendy, dan Ikhwan, kesemua mereka dipilih oleh Megat Nur Shidiq setelah menjalani satu sesi ujibakat di sekitar Lembah Klang. Bakat-bakat ini akhirnya digilap oleh Megat Nur Shidiq dan mereka mendapat bimbingan penuh dari Megat selaku sifu mereka.

Vast mula diperkenalkan kepada orang ramai pada 23 September 2012 apabila muncul dengansingle pertama yang bertajuk “Taubatku” sebagai lagu pengenalan kepada orang ramai. Lagu “Taubatku” menjadi siulan ramai pendengar dan setakat ini lagu itu sudah mulai dimainkan di corong-corong radio online seperti NasyidFM, MBMFM dan NurisFM sebuah stesen radio dari Indonesia. Lagu “Taubatku” adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Megat Nur Shidiq.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan Vast, Ikhwan menjelaskan yang mereka kini dalam proses menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan ke dalam album pertama mereka. Antara lagu-lagunya ialah “Taubatku”, “Zikir Cinta”, “Selawat” dan “CintaNya”.

Menurut Ikhwan, “Pada masa ini VAST masih lagi mengumpul idea dan lagu untuk dimuatkan dalam album nanti cuma pergerakan agak perlahan memandangkan Ikhwan yang masih belajar di UiTM Kedah dan sukar untuk kami bersama-sama melangkah. Kami akan cuba untuk menghasilkan album yang terbaik dan lebih berkualiti serta menghasilkan lagu-lagu keislaman dan nasihat yang lebih segar dan istimewa. Sama-sama doakan kami agar terus maju dalam industri nasyid ini dan berharap kepada para peminat terhibur dengan dendangan lagu-lagu dari VAST.”

Jom dengar single pertama kumpulan Vast yang berjudul Taubatku:

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response