0 comments

Zikir Zindagi Cetak Rompak: UNIC Disabotaj?

by on February 26, 2013
 
Album Zikir Zindagi Dicetak Rompak

Album Zikir Zindagi Dicetak Rompak. Gambar dirakamkan oleh Khamis Ab Razak.

Belum sempat album ini sampai di tangan pengedar,  album Zikir Zindagi alunan Ustaz Haslin Bollywood telah dicetak rompak! CD cetak rompak ini telah ditemui di tapak jualan CD oleh seorang peminat nasyid bernama Khamis Ab Razak.

Album Zikir Zindagi ini merupakan terbitan UNIC Records dan edaran Inteam Records Sdn Bhd.

Menurut Syafwan Abdul Rahman, Eksekutif Jualan di Inteam Records Sdn Bhd, album Zikir Zindagi ini masih belum sampai di tangan Inteam Records lagi tetapi sudah dicetak rompak.

“IRSB masih belum terima yang original. Masih menunggu pihak kilang hantar.” jelas Syafwan.

Syed Mohd Azlan dari UNIC Records pula menjelaskan pihak UNIC Records kesal diatas apa yang berlaku, tambahan pula, yang menjualnya merupakan orang Islam sendiri.

“Mohon pada semua jangan beli barangan cetak rompak ini. Allahu akbar! (Mereka) kata meniaga barang Islamik tetapi cara tidak melambangkan peribadi Islam. Suap pula (rezeki) pada anak isteri. (Nauzubillah).” pesan Azlan menerusi laman Facebooknya.

————————————-

Persoalannya, kalau album ini masih dikilang, siapa yang telah melakukan sabotaj ini? Adakah berlaku sebarang pengkhianatan? Atau CD cetak rompak itu hanya menyiarkan rakaman yang dirakamkan dari ceramah-ceramah Ustaz Haslin dan bukan hasil rakaman studio yang original?

Apa pun, kami tumpang simpati kepada UNIC Records, Inteam Records dan semua yang terlibat termasuk Ustaz Haslin sendiri.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response