0 comments

Fachreza Rilis Single Munajat Hamba

by on April 10, 2013
 
Fachreza dan Fiq - Munajat Hamba

Fachreza dan Fiq – Munajat Hamba

Artis religi solo Indonesia, Fachreza Farhman muncul dengan single terbaru berjudul Munajat Hamba. Fachreza yang menetap di Jakarta, Indonesia, merupakan artis religi solo yang bernaung dibawah syarikat pengurusan F2 Management.

Menerusi lagu Munajat Hamba, Fachreza telah menyanyikan lagu ini secara duet bersama Fiq (Ustad Rahied) yang merupakan hos program Journey Of Musafir di saluran Trans 7.

Lagu Munajat Hamba ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Fachreza Farhman sendiri dan lagu ini dimuatkan dalam album Munajat (Untaian Nada & Hikmah) yang telah pun berada di pasaran sejak awal 2013.

Ok, jom layan lagu Munajat Hamba nyanyian Fachreza feat Fiq.

 

 

Sedap kan? Untuk mendapatkan info lanjut mengenai Fachreza, anda boleh layari Facebook rasmi Fachreza atau anda boleh berhubung terus dengan beliau di Twitter @FachrezaFarhman.

– Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response