0 comments

Zaidi Wildan Hidap Penyakit Misteri

by on April 11, 2013
 
Penulis lirik terkenal, Ito Lara meluangkan masa menziarahi sahabatnya, Zaidi Rustam di rumah beliau di Kampung Jawa, Klang. Sumber gambar: Ito Lara.

Penulis lirik terkenal, Ito Lara meluangkan masa menziarahi sahabatnya, Zaidi Rustam di rumah beliau di Kampung Jawa, Klang. Sumber gambar: Ito Lara.

Vokalis utama kumpulan Wildan, Zaidi Rustam dikatakan telah mengidap satu penyakit misteri awal bulan ini. Zaidi yang merupakan anggota paling senior kumpulan Wildan telah terlantar sakit dan mengalami kesukaran untuk bergerak akibat penyakit misteri tersebut.

Menurut berita yang kami terima, Zaidi Rustam telah terkena ‘buatan orang’ atau bahasa paling mudah; sihir. Segala usaha dan ikhtiar untuk proses penyembuhan sedang giat dijalankan oleh keluarga beliau.

Zaidi gembira menerima kehadiran sahabat-sahabatnya dari kumpulan Rabbani dan Far East. Sumber gambar: Ustaz Nabil Far East

Zaidi gembira menerima kehadiran sahabat-sahabatnya dari kumpulan Rabbani dan Far East. Sumber gambar: Ustaz Nabil Far East

Beberapa rakan artis sempat meluangkan masa menziarahi Zaidi di kediaman beliau di Kampung Jawa, Klang. Antara artis yang hadir ialah kumpulan nasyid popular Rabbani, Far East dan penulis lirik tersohor, Ito Lara. Walaupun sakit, Zaidi masih menguntumkan senyuman buat sahabat-sahabat yang datang menziarahi beliau.

Terbaru, pihak Munsyeed mendapat berita yang Zaidi telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan diletakkan dibawah pengawasan doktor. Menurut Wan Hazar; vokalis termuda Wildan, Zaidi telah dimasukkan ke Hospital KPJ Shah Alam lewat malam tadi dan beliau menyeru para peminat supaya mendoakan agar Zaidi dapat sembuh dari penyakit misteri yang dihidapi beliau.

Zaidi Rustam

Zaidi Rustam

Kepada mana-mana insan yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan bagi meringakan kos perubatan dan harian Zaidi, anda boleh menghulurkan bantuan ke akaun ini:

  • Nama Bank : CIMB Bank
  • No akaun : 1-223-000-0409200
  • Pemilik akaun : Zaidi Bin Rustam

Munsyeed mendoakan semoga ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada Zaidi dan membuka hati insan yang terbabit dalam kerja khianat ini agar kembali ke jalan yang diredhai ALLAH SWT. Ameen.

– Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response