0 comments

Penampilan Sulung Fatih Seferagic Di Malaysia

by on June 19, 2013
 
Jadual Fatih Seferagic sepanjang di Malaysia.

Jadual Fatih Seferagic sepanjang di Malaysia.

Beliau bukan artis, jauh sekali seorang penyanyi. Tetapi Al-Quran membuatkan bintangnya bersinar ke pelusuk dunia. Fatih Seferagic, 18 tahun, ikon baharu dalam dunia Islam bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia bermula 22 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013.

Jadual Fatih di Malaysia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan forum yang telah disusun rapi oleh pihak penganjur dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengurusan di Malaysia. Antara majlis yang bakal dihadiri oleh Fatih adalah:

  • Aqsa Syarif With Fatih
  • Being Me – Mercy Malaysia
  • Konferens Aku Cinta Allah dan Rasul – One Heart Creative Solution
  • Teen Ace – Langit Ilahi
  • YMP Workshop
  • MPF – Quran and Ramadhan.
  • MPF Ramadhan Workshop

Sepanjang Fatih berada di Malaysia, beliau akan diuruskan oleh Muslim Professional Forum dan Young Muslims Project selaku penganjur yang bertanggungjawab membawa Fatih ke Malaysia. Manakala Elhazen Studio bertindak sebagai Rakan Media Rasmi sepanjang beliau di Malaysia.

Klik untuk melihat jadual penuh sepanjang Fatih berada di Malaysia: Jadual Fatih Malaysia Tour 2013.

Untuk info lanjut, layari:

Sedikit pengenalan ringkas mengenai Fatih Seferagic.

 

Fatih Seferagic

Fatih Seferagic

Biodata Fatih Seferagic
Fatih
Seferagic dilahirkan di Jerman. Beliau merupakan warganegara Bosnia Hazegovina.  Ketika berumur 4 tahun, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat dan telah bermastatutin disana.

Beliau tinggal di Arizona selama tiga hingga empat tahun sebelum berpindah ke Maryland. Beliau tinggal di Maryland selama tujuh tahun, dan sebahagian besar daripada usia kanak-kanak dan remajanya dihabiskan di Baltimore. Ketika di Baltimore, beliau telah menyertai Sekolah Hifzh untuk menghafal al-Quran.

Beliau mula menghafal al-Qur’an sejak berusia sembilan tahun, dan menyelesaikan hafalan dalam tempoh tiga tahun, ketika beliau berusia dua belas tahun. Beliau terus kekal di dalam kelas tersebut walaupun telah tamat menghafaz selama kira-kira dua tahun sebelum meninggalkan sekolah itu untuk mengkaji Riwayaat dan mengukuhkan pembelajaran Al-Quran beliau.

Pada tahun 2010, beliau telah diterima masuk ke Program Dream Bayyinah. Beliau telah belajar Bahasa Arab di Bayyinah Dream sejak September 2010. Beliau kini adalah ketua pemuda di Masjid Syaikh Yasir Birjas di Dallas, TX.

Fatih Seferagic

Fatih Seferagic

Sebagai seorang belia, Fatih menggunakan masa dan ruang yang diberikan kepada dirinya untuk belajar dan terus mendekati remaja dan belia, berkongsi nasihat dan pandangan terhadap pelbagai isu dan memperbanyakkan aktviti dakwah kontemporari menerusi Muslim Youth Musings.

Disamping jadual dan aktiviti yang padat, Fatih juga gemar mengisi masa lapangnya dengan menulis, membaca, bermain games, pembelajaran bahasa, falsafah dan psikologi.

Sedutan bacaan Al-Quran oleh Fatih Seferagic.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response