0 comments

Akhirnya…Carta Nasyeed.Com Kembali!!

by on July 11, 2013
 

Carta NC kembali lagi~

Setelah beberapa kali berteka-teki, dan beberapa kali juga khabar angin tersebar luas, akhirnya pihak pengurusan Nasyeed.Com (NC) telah mengesahkan bahawa Carta Nasyeed.Com kembali lagi!

Bermula pada 15 Julai ini, pihak NC membuka semula pencalonan musim baru Carta Nasyeed.Com. Malah, lagu-lagu yang dipertandingkan layak untuk dicalonkan ke Anugerah Nasyeed.Com yang penuh berprestij.

Menurut salah seorang pegawai NC, Muhammad Syazwan Che Ramly ketika dihubungi menjelaskan, mereka optimis bahawa Anugerah Nasyeed.Com akan diadakan buat kali kedua selepas kejayaan malam anugerah berprestij tahun lepas. Walaubagaimanapun, tiada tarikh khusus yang dipilih.

“Sehubungan dengan itu, carta Nasyeed.Com akan bermula pada 15 Julai ini dan borang-borang penyertaan boleh didapati dari pihak kami”Ujar Muhammad Syazwan.

Pada kali ini, pihak NC telah mengetatkan syarat pertandingan dengan menghadkan penyertaan lagu-lagu yang telah diterbitkan pada tahun 2012 sehinggah kini sahaja. Malah, mereka hanya menerima pencalonan daripada syarikat rakaman atau penasyid itu sendiri dan bukan lagi pencalonan daripada peminat.

“Keutamaan akan kami berikan kepada ahli persatuan Munsyid Malaysia yang berdaftar secara rasmi. Dan kami hanya menerima pencalonan daripada lagu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman tempatan atau syarikat rakaman multi nasional yang berpangkalan di Malaysia”Ujar wakil NC tersebut.

Menurutnya lagi, artis yang ingin menyertai Carta Nasyeed.Com boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Muhammad Syazwan Che Ramly di talian 016-2385788.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Lagu yang dicalonkan adalah merupakan  terbitan dari tahun 2012 hingga sekarang
  2. Pencalonan terbuka kepada semua penasyid dan penyanyi yang berdaftar dibawah Munsyid Malaysia
  3. Pencalonan mestilah dibuat oleh syarikat rakaman atau penasyid itu sendiri
  4. Pencalonan daripada lagu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman tempatan atau syarikat rakaman multi nasional yang berpangkalan di Malaysia sahaja yang diterima
  5. Keutamaan pencalonan adalah kepada ahli Munsyid Malaysia
  6. Lagu ‘Cover Version’ dibenarkan
  7. Borang pencalonan harus diisi dan perlu disertakan bersama perkara berikut dalam bentuk CD.
    1. Lagu (Berformat 16 bit 44.1kHz);
    2. Lirik Lagu (Soft Copy);
    3. Video Muzik berformat minimum (1280 x 720 HD) | (Untuk pencalonan video muzik terbaik)
    4. Inlay Album (jika ada)
    5. Gambar artis/penyanyi, penulis lirik dan composer berdimensi tinggi 2000 x 1200 (pixels), resolusi 300dpi bagi tujuan promosi
    6. Borang pencalonan yang lengkap beserta CD hendaklah dihantar ke: Urusetia Carta Nasyeed.Com, NC Records | No. 23, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Centre, 40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Pertanyaan lanjut atau ingin mendapatkan borang pencalonan Carta Nasyeed.Com boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Muhammad Syazwan Che Ramly di talian 016-2385788 atau 03-5512 1352

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response