0 comments

FINE Terbit Single, Duet Dengan Altimet

by on July 17, 2013
 

Bukan satu perkara yang mudah untuk sesebuah kumpulan menyapa industri dan mampu bersinar umpama bintang. Ramai yang gugur dan tidak kurang juga yang hidup segan mati tak mahu selepas percubaan untuk masuk di dalam industri yang seperti pepatah ‘suam-suam kuku’. Tanpa ‘branding’ yang kukuh, sentuhan komposer yang mantap dan penampilan tersendiri, sesebuah kumpulan pasti tidak mampu mengharungi perjalanan getir bergelar artis.

Memulakan perjalanan seni secara underground, kumpulan FINE kini sedang menyusun langkah demi langkah untuk melakukan kemunculan mereka dalam industri secara serius. Enggan menoleh kebelakang, kumpulan FINE dilihat tidak mahu berterusan dilabel sebagai kumpulan underground sebaliknya mereka kini bersedia melangkah ke arus perdana untuk mewarnai industri muzik Malaysia yang semakin rancak ini.

Dari kiri: Syafiq Ishak (Syafiq Fine), Asyraf Azhar (Acap Fine) dan Hanif Hasni (Aneep Fine)

Dari kiri: Syafiq Ishak (Syafiq Fine), Asyraf Azhar (Acap Fine) dan Hanif Hasni (Aneep Fine)

FINE dianggotai oleh 3 orang anak muda yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang seni suara. Tampil dengan imej sedikit berbeza, FINE memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan yang masih bereksperimentasi dengan genre muzik yang pelbagai. Lirik bermesejkan ketuhanan, motivasi dan peringatan juga nasihat ke arah kebaikan serta keinsafan.

Sentuhan ITO Lara
FINE kini mendapat bimbingan secara langsung dari penulis lirik tersohor, ITO Lara yang bertindak sebagai sifu kepada kumpulan ini. Di samping mendapat tunjuk ajar mengenai pemilihan lagu, komposer, pemuzik, vokal dan penghayatan lagu, kumpulan FINE turut mendapat nasihat dari segi penampilan dan pembinaan personaliti daripada ITO Lara dan beberapa pakar tata hias yang disediakan.

Pertaruhkan 3 Single , berkolaborasi dengan Altimet
Menyentuh mengenai kemunculan mereka ini, FINE memaklumkan yang mereka akan tampil dengan 3 single yang bakal diterbitkan pertengahan bulan Julai 2013.

Fine 2013

Fine 2013

“FINE akan lahirkan 3 single utama yang akan disiarkan secara berperingkat kepada para peminat tidak lama lagi. Alhamdulillah, 3 single tersebut ialah BertemuNya, Universiti Kehidupan dan Nipis.” ujar wakil jurucakap FINE kepada Munsyeed dalam satu sesi temubual baru-baru ini.

Perintis Dubstep Nusantara
Menurut beliau, ketiga-tiga lagu ini dilihat mampu menyajikan pembaharuan kepada para pendengar yang dahagakan muzik segar yang positif. Lagu BertemuNya merupakan hasil ciptaan Akmal Mirwana, Altimet dan ITO Lara. Manakala lagu Nipis pula merupakan hasil kolaborasi mantap Fadzli Far East dan Ahmad Fedtri Yahya. Yang ke tiga, lagu Universiti Kehidupan pula merupakan hasil ciptaan Wan Saleh dan ITO Lara. Istimewanya lagu-lagu ini bereksperimentasikan muzik moden dan tradisional yang dinamakan oleh ITO Lara sebagai Dubstep Nusantara.

FINE telah bersedia dilebelkan sebagai ‘bukan nasyid’ kerana penampilan dan konsep muzik mereka yang agak berbeza dari konsep nasyid yang sedia ada. Kelainan yang ditampilkan ini bertujuan memberi sedikit nilai tambah kepada kemajuan nasyid hari ini di mana ciri-ciri nasyid sebagai wadah dakwah masih dikekalkan malah dikembangbesarkan lagi. Sasaran adalah kepada golongan muda yang gemar melayani muzik moden dan ‘energetik.

FINE

FINE

Istimewanya, selain mendapat sentuhan hebat daripada komposer dan penulis lirik terkenal, FINE juga bertuah kerana dapat berduet bersama penyanyi rap terkenal, Altimet menerusi lagu BertemuNya.

Antara perkara yang menarik perhatian Munsyeed adalah penggunaan elemen dubstep pada ketiga-tiga single yang dipertaruhkan. Mungkinkah selepas ini akan muncul lebih banyak lagu-lagu positif berirama seperti ini?

Ok, tidak mahu bercakap panjang, apa kata kita dengar pradengar 3 single terbaru kumpulan Fine yang berjudul Bertemunya feat Altimet, Universiti Kehidupan dan Nipis.

Best kan? Nantikan kemunculan lagu-lagu ini di corong radio kegemaran anda pertengahan Julai ini.

Untuk mengetahui info lanjut mengenai kumpulan FINE, anda boleh layari Facebook rasmi mereka disini: FineFriends FC.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response