0 comments

NowSeeHeart Ber’Fatwa Hati’….

by on July 30, 2013
 

NowSeeHeart (NSH) bukanlah nama yang dipandang enteng dalam industri nasyid. Malah, sejak kemunculan mereka melalui album pertama pada 1998, kumpulan yang pada awalnya dianggotai lima orang anak muda ini Berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan penasyid popular tanah air.

Selepas menyepi seketika, mereka akhirnya muncul kembali dengan single terbaru  bertajuk Fatwa Hati. Kali ini, seorang pendatang baru, Fahd Ezuan digandingkan bersama mereka dalam single ciptaan anggota NSH sendiri, Azahari dan Izhar Jumali.

Ketika bercerita tentang single terbaru mereka, NSH menjelaskan bahawa lirik lagu ini adaptasi sebuah hadis hasan riwayat Imam Ahmad dan Ad- Daarimi berkisar tentang peri penting fitrah naluri hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Ketika mengenalkan bakat baru yang menjadi rakan duet mereka, mereka menyatakan bahawa Fahd Ezuan merupakan penyanyi muda berbakat besar yang pernah muncul dalam single Meniti Waktu ciptaan Adnan Abu Hasan yang sangat popular di pantai timur.

Diterbitkan sendiri oleh Azahari NowSeeHeart dengan menggabungkan pemuzik-pemuzik berkaliber seperti Firdaus Mahmud, Nan, Eddie Marzuki, dan pemain ‘strings’, Aksana Yusupova, Yip Siew Keen, Angela Lou dan Nasran Nawi. ‘Mixing’ oleh jurutera bunyi terkenal Greg Henderson dan ‘mastering’ oleh Don Bartley di Australia menjadikan lagu ini boleh dikategori sebagai bertaraf antarabangsa.

‘Single’ ini akan dimuatkan di dalam album NowSeeHeart yang akan datang. Album yang akan muncul pada bulan September ini bakal menampilkan 7 buah lagu baru dendangan NowSeeHeart dan diterbitkan oleh UNIC Records.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response