0 comments

Astro Oasis Perkenal Program Realiti Pencetus Ummah

by on October 31, 2013
 

 

Selepas program realiti Imam Muda yang mendapat liputan meluas dan melahirkan ramai para pendakwah muda terkenal, kali ini pihak Astro Oasis kembali dengan program realiti tv terbaru yang diberi nama Pencetus Ummah.

Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah.

Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya.

“Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 peserta telah berjaya dipilih menjadi peserta bagi musim pertama ini. Mereka ialah Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Juara ‘Pencetus Ummah’ akan menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta, naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Saksikan rancangan Pencetus Ummah yang akan bersiaran di Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 21 November 2013, jam 9.00 malam.

Sumber: Astro.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response