Muhammad Shahid – Bintang Syurga Bazli UNIC
Awal pagi tadi, kami menerima berita gembira daripada Bazli UNIC. Menurut Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan Che Osman, beliau baru sahaja menyambut kelahiran anak sulungnya.
Bayi comel ini diberi nama Muhammad Shahid Bin Bazli Hazwan. Bayi ini telah dilahirkan pada pagi Ahad, 27 Oktober 2013 jam 2.24 pagi.
Kelahiran Muhammad Shahid merupakan kurniaan yang terindah buat pasangan romantis, Bazli UNIC dan isterinya Asiah.
Pihak Munsyeed Dot Com mengucapkan tahniah kepada Bazli dan isteri atas kelahiran bayi comel ini. Semoga anakanda sulung ini menjadi penyejuk mata, penawar hati buat Bazli dan isteri. Ameen.
– Munsyeed Dot Com
APA KATA ANDA?
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed