0 comments

UIA Anjur Konsert Live Akustik Inteam Iman & Aman

by on October 29, 2013
 

Selepas lebih 16 tahun bertapak dalam industri muzik Malaysia, kumpulan nasyid popular; Inteam akan tampil buat julung kalinya di dalam sebuah konsert secara langsung akustik yang diberi nama Inteam Iman & Aman LIve Acoustic Nasyeed di UIA November ini.

Konsert berdurasi 2 jam ini bakal memperlihatkan kemampuan Inteam menyampaikan lagu-lagu pilihan dari album terbaru mereka, Iman & Aman secara live dengan diiringi sekumpulan pemuzik khas. 10 lagu telah dipilih dan akan disampaikan oleh Inteam di konsert tersebut.

Lebih menarik lagi, konsert akustik ini akan turut menampilkan nama besar seperti Ustaz Don Daniyal Biyajid, Munif Hijjaz, UNIC dan kumpulan Edcoustic dari Indonesia.

Pastinya konsert ini akan menjadi cabaran buat Inteam dan semua artis terlibat dari segi lontaran vokal, kesepaduan harmoni dan sinergi antara artis dan pemuzik.

Teruja? Jangan berlengah lagi. Dapatkan pas percuma apabila anda membeli 2 album Inteam Iman & Aman melalui IIUM Nasyeed Club.

Konsert Live Akustik ini adalah anjuran IIUM Nasyeed Club dengan kerjasama Inteam Records Sdn Bhd dan Awan Studio.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response