0 comments

Arteffects Edar Album Zikir Para Perindu Syurga

by on November 7, 2013
 

Semalam, kami terlihat album zikir Halim yang berjudul Zikir Para Perindu Syurga di laman sosial Facebook. Cover album tersebut disiarkan di Facebook Page Arteffects International milik Hafiz Hamidun. Terus timbul tanda tanya di minda kami. Kenapa Arteffects yang siar cover album tersebut? Adakah Arteffects terbitkan semula album zikir Halim ini?

Tanpa berlengah, kami terus menghubungi tuan punya diri, Abd Halim Ahmad yang kini berada di Korea. Menurut Halim, album Zikir Para Perindu Syurga kini diedarkan oleh syarikat Arteffects International.

“Album Zikir Perindu Syurga Syurga masih diterbitkan dibawah label Neurotic Studio. Cuma edaran (bagi) Arteffects International.” ujar Halim.

Tambah Halim, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan terhadap album ini.

“Album ini kita buat mastering semula dan repackaging. Dulu packaging biasa sebab target untuk promo sahaja. Sekarang album ini diterbitkan semula dan didatangkan bersama booklet untuk rujukan pendengar. Untuk mastering, Neurotic Studio guna khidmat professional CL Toh. Hasilnya sangat memuaskan.”

Zikir Para Perindu Syurga Versi Repack. Terbitan Neurotic Studio. Edaran Arteffects International.

Zikir Para Perindu Syurga Versi Repack. Terbitan Neurotic Studio. Edaran Arteffects International.

 

Halim Ahmad

Album Zikir Para Perindu Syurga yang diterbitkan pada tahun lepas.

Ketika ditanya adakah selepas ini produk-produk terbitan Neurotic Studio akan diedarkan sepenuhnya oleh Arteffects International, Halim dengan tenang menjawab, ia bergantung kepada kerjasama dan perbincangan antara beliau (Neurotic Studio dan Hafiz Hamidun (Arteffects International).

“Setakat ini kerjasama yang terjalin antara Neurotic Studio dan Arteffects International adalah berdasarkan album. Neurotic ada keluarkan produk tetapi tiada man power untuk distributor. Kebetulan, Arteffects International ada beri tawaran untuk edarkan (album Zikir Para Perindu Syurga), jadi saya setuju la.”

Alhamdulillah, kami di Munsyeed Dot Com melihat kerjasama di antara Neurotic Studio dan Arteffects International sebagai satu usaha positif yang sangat digalakkan. Sebagai orang Islam, kita dianjurkan untuk saling bersinergi di dalam bisnes supaya bisnes masing-masing dapat berkembang, maju dan berjaya.

Tindakan Halim berkerjasama dengan Arteffects merupakan satu langkah yang baik memandangkan Arteffects terkenal dengan album-album zikir terapi yang dipopularkan oleh Hafiz Hamidun. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada masyarakat.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response