Beberapa hari lepas, syarikat rakaman Arteffects International ada mengedarkan satu kenyataan media berkenaan penamatan edaran bagi album Datin Seri Sharifah Khasif yang berjudul Al-Husna.
Dalam kenyataan media tersebut, pihak Arteffects memaklumkan yang Arteffects International dan juga Warner Music Malaysia tidak lagi mengedarkan album Al-Husna milik Datin Seri Sharifah Khasif. Ini kerana syarikat SharifahKhasif Production Sdn Bhd telah membuat keputusan untuk mengedar sendiri album tersebut.
Berikut adalah kenyataan media yang diedarkan oleh Arteffects International:
Album Al-Husna oleh Sharifah Khasif terbitan SharifahKhasif Production Sdn. Bhd. (SKP) kini tidak lagi diedarkan oleh pihak Arteffects Sdn. Bhd. (Arteffects) dan Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. (WMM) berkuat kuasa serta merta. Ini termasuk edaran fizikal (CD) dan juga digital (iTunes, Amazon dan lain-lain).
Walaupun baru sahaja diedarkan oleh Arteffects dan WMM bermula bulan ramadhan yang lalu, pihak SKP telah memutuskan untuk mengedarkan sendiri album ini.
Sehubungan dengan itu, pihak Arteffects dan WMM hanya akan mengedarkan album yang masih berbaki di dalam simpanan stok.
Arteffects juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan album ini, dan ucapan selamat maju jaya kepada album Al-Husna.
– Munsyeed Dot Com
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed