0 comments

Konsert Journey of Nur Himpun Nama Besar Dalam Industri

by on November 5, 2013
 

Tonton Konsert Journey Of Nur

Ini memang superb! Nama-nama besar dalam industri hiburan telah digabungkan dalam sebuah konsert, berkongsi pentas menjayakan Journey of Nur.

Maher Zain, Dato’ M.Nasir, Opick, Datuk Ramli Sarip, Raihan, Inteam, Zain Bhikha dan Raef bakal berpadu tenaga menjayakan konsert Journey of Nur yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 9 November 2013 di Dataran Putrajaya.

Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival.

Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival.

Konsert Journey of Nur ini diadakan bersempena program Putrajaya International Islamic Art & Culture Festival yang diadakan di Putrajaya dari 1 November 2013 hingga 10 November 2013.

Menariknya, para peminat boleh beramah mesra dengan artis kesayangan mereka di sebelah pagi apabila pihak penganjur telah berbesar hati mengadakan sesi Meet & Greet bersama artis terlibat.

Jadual adalah seperti berikut:

Jadual yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Jadual yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Sabtu, 9 November 2013
11.30am – 12.30pm – Meet & Greet With Raihan & Opick
1.30pm – 2.00pm – Meet & Greet With Zain Bhikha & Datuk Ramli Sarip.
3.00pm – 3.30pm – Meet & Greet With Dato M.Nasir & Raef
4.30pm – 5.00pm – In Person With Maher Zain & Inteam.

Konsert Journey of Nur
Sabtu, 9 November 2013
8.30pm – 11.00pm
Pentas Utama, Dataran Putrajaya.

Jadi jangan ketinggal untuk hadir ke Konsert Journey of Nur yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.

– Munsyeed Dot Com.

p/s: Dengar cerita Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) dan Komuniti Teman Inteam (KTI) akan turun di sesi In Person With Maher Zain & Inteam dan di Konsert Journey of Nur nanti. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan mereka!

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response