2 comments

Kanser: Amin Idris Seru Rakyat Doakan CEO TV Alhijrah

by on November 9, 2013
 

KEMASKINI: Pagi ini, pada jam 6:08 AM, Allahyarham Dato Haji Bukhari Che Muda telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah dibawa ke kediamannya di Seksyen 7, Shah Alam. Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga, kaum kerabat dan seluruh warga TV Alhijrah. AL-FATIHAH

Industri hiburan Islam dikejutkan dengan satu khabar duka pada petang ini. Disaat TV Alhijrah menyambut ulangtahun ke-3 pada tahun ini, rupa-rupanya, CEO mereka, Dato Haji Bukhari Che Muda sedang bertarung nyawa melawan penyakit Kanser Tulang yang dihidapinya.

Status Amin Idris di akaun Facebooknya.

Status Amin Idris di akaun Facebooknya.

Berita duka ini dikongsikan oleh pengacara dan trainer terkenal, Amin Idris menerusi akaun Facebooknya awal pagi tadi.

Menurut Amin Idris, kanser yang dihidapi oleh Dato Haji Buhari sudah berada di tahap 4 dan beliau mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar Dato Hj Bukhari diberi kekuatan untuk menghadapi penyakit tersebut.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, sebelum ini Dato Haji Bukhari Che Muda telah menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka negara. Dalam keadaan getir menghadapi kanser, Dato Haji Bukhari masih kuat dan menjalani tugas-tugas harian. Kali terakhir kami melihat Dato Haji Bukhari sewaktu beliau memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan Ogos lalu.

 

Untuk rekod, sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di TV Alhijrah, Dato Haji Bukhari Che Muda pernah berkhidmat di Media Prima Berhad sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9. Dibawah pengurusan beliau, TV9 mencatatan peningkatan penonton yang sangat menggalakkan menerusi program-program Islami yang berjaya menarik perhatian ramai pihak pada waktu itu.

Pihak Munsyeed ingin mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengajak para pembaca kami untuk mendoakan CEO TV Alhijrah, Dato Haji Bukhari Che Muda agar terus kuat menghadapi ujian dari ALLAH SWT dan semoga beliau diberi kesembuhan dari penyakit tersebut.

– Munsyeed Dot Com

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response