0 comments

Single Pertama Mr Bie – Bukan Parodi

by on November 13, 2013
 

Raja Parodi kembali lagi! Kali ini bukan dengan lagu parodi terbaru sebaliknya beliau muncul dengan single pertama beliau yang berjudul Bukan Parodi.

Ini merupakan penampilan sulung Mr Bie atau nama sebenar beliau Mohd Hasbi Bin Muh Ali sebagai penyanyi solo selepas beberapa siri video parodi yang dihasilkan sebelum ini.

Lagu Bukan Parodi merupakan hasil ciptaan komposer Rosli Ahmad manakala lirik lagu ini adalah hasil kolaborasi Rosli Ahmad dan Mr Bie sendiri. Lagu ini diterbitkan dibawah label Radical Records.

Tidak mahu bercakap panjang, jom kita layan lagu Bukan Parodi nyanyian Mr Bie.

 

Sebagai bonus, kami sertakan lirik lagu Bukan Parodi khas untuk anda.

Bukan Parodi – Mr Bie
Lagu: Rosli Ahmad
Lirik: Rosli Ahmad & Mr Bie

Putihnya melati merahnya delima
Konon itu bukti cintamu setia
Tapi sebenarnya kau memang berpura
Usah sering berdusta

Bunga di lamanan
Kuning nampak cantik
Bukan luaranmu buatku tertarik
Kerana indahnya bukan di zahiran
Insha Allah jadi suntingan

Biar sederhana cantiknya
Asalkan jujur di hatinya
Ku Ingin kekasih baik hati budi

Biar fesyen olskul tak trendy
Iman tebal cintai Nabi
Hidup bahagia sampai ke mati

Mungkin lagu ini umpama parodi
Tapi selidiki melodi berisi
Ku ingin memilih isteri mithali, beriman, cinta Ilahi..

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response