Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Industri hiburan Islam menerima khabar duka malam ini. Vokalis kumpulan popular Edcoustic, Aden telah meninggal dunia sebentar tadi. Menurut info yang kami terima, Aden, 34 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Isyak tadi di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.
Sebelum ini, Munsyeed pernah melaporkan berita mengenai keadaan kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Klik: Aden Edcoustic Terlantar Di Hospital.
Pihak kami difahamkan, jenazah allahyarham Aden akan dibawa dari Rumah Sakit Al-Islam menuju ke rumah Aden untuk disolatkan. Jenazah Aden akan dikebumikan di Bandung, Indonesia.
Aden dan Edcoustic
Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi, merupakan vokalis utama kumpulan nasyid popular Indonesia, Edcoustic. Selain Aden, Edcoustic dianggotai Eggie yang merupakan pemain gitar dalam Edcoustic. Artis duo yang berasal dari Bandung Indonesia ini mula berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 2002. Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.
Komposer Lagu Hits: Muhasabah Cinta & Ketika Cinta Bertasbih
Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Lagu Muhasabah Cinta merupakan hasil paduan mantap vokal Edcoustic bersama artis baru, Bima, disulami dengan bait-bait lirik yang cukup puitis karya Aden. Menerusi lagu Muhasabah Cinta, peminat dari serata dunia mula mengenali Edcoustic dan melihat bakat luarbiasa Edcoustic melalui karya-karya seterusnya dari album pertama dan kedua.
Aden yang merupakan vokalis Edcoustic turut mempunyai bakat luarbiasa dalam komposisi lagu. Bakat yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema OST filem religi paling popular di Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura) Ketika Cinta Bertasbih.
Aden Cipta Lagu Untuk Inteam
Penglibatan Aden sebagai komposer tidak hanya terbatas di Indonesia semata-mata, malah bakat luarbiasa beliau turut diintai artis popular Malaysia, Inteam. Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.
Respon Dari Teman & Selebriti
@edcoustic selamat jalan kang Aden, selamat di sisi Allah SWT, Syiar mu melalui syair2mu Insya Allah menfaat dan abadi
— melly goeslaw (@melly_goeslaw) December 30, 2013
@adenlife selamat jalan kang Aden, bahagia di sisi Allah SWT.
— melly goeslaw (@melly_goeslaw) December 30, 2013
??? ?????? ??????? ???????? ?????????? Turut brduka cita atas wafatnya kang Deden @adenlife @edcoustic
— Deddy Mizwar (@Deddy_Mizwar_) December 30, 2013
Doa untuk Kang Aden @edcoustic : Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu waj’alil jannata matswahu. Amin. Cc : @melly_goeslaw
— Kang Abik (@h_elshirazy) December 31, 2013
Bsk adalah hari yg pasti akan sangat berbeda tanpa dirimu wahai kawanku @adenlife
— eggie gusthaman (@eggiegusthaman) December 30, 2013
Malam ini kau berpulang dengan bangga, karena aku jg bangga pada dirimu @adenlife sebagai pejuang keluarga @edcoustic
— eggie gusthaman (@eggiegusthaman) December 30, 2013
Aku juga saksi hidup bahwa karyamu itu tak kan pernah mati menginspirasi banyak org @adenlife @edcoustic
— eggie gusthaman (@eggiegusthaman) December 30, 2013
Selamat jalan kawan tenanglah disisiNya… Biarkan Dia yg Maha Kuasa membalas segala jasa mu itu @adenlife @edcoustic
— eggie gusthaman (@eggiegusthaman) December 30, 2013
Sahabat aden edcoustic semoga Allah menyayangimu,semoga rosulullah bangga kpdmu-slamat jalan sahabatku-doa kami untukmu
— Opick (@opick_tomboati1) December 30, 2013
Disedekahkan Alfatihah kepada vokalis nasyid EDCOUSTIC, Allahyarham Aden, yang dikhabarkan telah pergi menghadap… http://t.co/DyMvIVJ5ET
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) December 30, 2013
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Aden Edcoustic dan sahabat handai beliau. Munsyeed doakan semoga roh Allahyarham Aden ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertaqwa.
– Munsyeed Dot Com
Sumber gambar: TheVideographerz International.
:'( Edcoustic is my favourite Nasyid