0 comments

AMAR, Matluthfi Calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

by on December 3, 2013
 

Siapa sangka selepas 2 tahun pemansuhan kategori Artis Nasyid Popular ABPBH, munsyeed di Malaysia masih mampu ‘menyengat’. Ini terbukti apabila artis solo nasyid tanahair, Arif Muazzim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai AMAR telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang calon di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 2013 melalui kategori Aksi di YouTube Paling Popular bersama Syasya Solero menerusi video “Macam Cantik Jer Macam Comel Jer“.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Selain AMAR, selebriti YouTube Malaysia Matluthfi90 yang baru sahaja memenangi Shout! Award turut tersenarai sebagai calon di dalam kategori yang sama.

Bagi kategori ini, undian hanya akan dijalankan secara online di laman khas ABPBH2013 mulai 4 Disember 2013 di www.abpbh.com.my. Undian bagi menentukan Top 5 akan dibuka sehingga 5 Januari 2014 jam 11:59 malam.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 akan berlangsung pada 6 April 2014 di Arena of Stars Genting Highlands.  

Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan Tahniah! kepada AMAR & Matluthfi di atas pencalonan ini. Jangan lupa untuk mengundi mereka secara online bermula esok.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response