Detik pernikahan salah seorang ahli kumpulan nasyid Saujana, Suffian Amrin dan isterinya Nadiah Hj. Yusof pada tanggal 27 Disember 2013 pastinya suatu sisi kehidupan yang tidak akan pernah dilupakan. Dengan persalinan pakaian pengantin yang segak dan menawan, pasangan pengantin baru ini memulakan langkah menuju kehidupan baru yang pastinya akan menjadi melodi kehidupan yang akan dikenang selamanya.
Alhamdulillah, wartawan Munsyeed Dot Com sempat meluangkan sedikit masa bersama-sama rombongan dari Munsyid Malaysia bagi memenuhi undangan majlis resepsi Wedding Munsyeed of The Year yang berlangsung pada hari ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti IKIMfm serta persembahan spontan dari para artis yang bernaung di bawah Munsyid Malaysia. MERIAH!!
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang rombongan ini (klik untuk paparan yang lebih jelas):-
Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan “Baarakallaaahu lakuma wa baraka ‘alaikum wa jama’a bainakuma fi khoir”
Semoga rombongan Munsyid Malaysia selamat di dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. – Munsyeed Dot Com
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed