0 comments

Priakustik: Boyce Avenue Versi Malaysia

by on December 17, 2013
 

Ada yang datang dari kumpulan gendang jalanan. Sebahagian yang lain pula timbul dari lapangan bawah-tanah dan program realiti arus perdana. Namun di atas jalan dakwah ini, kepakaran dan kepelbagaian mereka berjaya disatukan di dalam Priakustik.

Priakustik yang dianggotai oleh Imam Muda Najdi, Fuad Ko dan Zufar Adzahan merupakan individu-individu yang hadir dari latar belakang muzik yang berbeza. Selepas berjaya menempatkan diri di dalam senarai 32 teratas finalis di dalam sebuah pertandingan kendalian Awakening Records pada pertengahan tahun 2013, perjalanan seni 3 anak muda ini diteruskan dengan kemunculan video rasmi single terbaru mereka yang berjudul Kholiq.

Menurut Fuad Ko, Kholiq merupakan sebuah karya yang berkisar tentang muhasabah seorang hamba setelah menyedari hakikat dirinya yang sebenar. “Tanpa Dia (Allah), kita tiada apa-apa”, tambahnya lagi. Diinspirasikan dari gambaran alam yang bersyukur atas nikmat hujan, Kholiq pastinya akan memberikan sisi muzik yang berbeza kepada para peminat nasyid tanahair.

Tanpa berlengah lagi, jom saksikan Kholiq dari Priakustik.

 

Kholiq

Kau jadikan diri kami sempurna, tanpa cela,
Kau Tuhan Maha Pencipta,
Kau tunaskan tumbuhan guna hujan yang kau turunkan,
Seninya agung kuasaMu…

Engkau telah berfirman di dalam AlQuran
Tidak aku jadikan jin dan manusia
Kecuali untuk beribadah padaku…

Wahai Tuhan pencipta
Terimalah taubatku
Sesungguhnya tanpaMu
Kami ragu

Tak ingin jauh dariMu
TanpaMu kami ragu
Terima taubatku padaMu…

Lirik: Fuadko
Lagu: Fuadko
Susunan muzik: Fuadko

Jangan lupa untuk LIKE Facebook Priakustik dan langgani saluran YouTube mereka di sini. Untuk sebarang jemputan persembahan, hubungi Najlin di talian 013 442 5880

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response