0 comments

Hard Rock Cafe Versi Nasyid? Apa Pendapat Anda?

by on January 7, 2014
 

Hard Rock Cafe Putrajaya?
Baru-baru ini timbul desas-desus yang mengatakan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya. Menurut satu laporan berita yang kami baca, cadangan untuk membuka satu lagi cawangan Hard Rock Cafe ini telah dikemukakan kepada Perbadanan Putrajaya oleh seorang tokoh perniagaan terkenal.

Hard Rock International Nafi Buka Cawangan Di Putrajaya
Berita ini bagaimanapun disangkal oleh pihak Hard Rock International yang menafikan akan membuka cawangan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tersebut.

Jelas pihak Hard Rock International, “Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.”

“Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh BERNAMA.

Menteri: Boleh Tetapi Bercirikan Islam, Ada Persembahan Nasyid
Terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kenyataan sekiranya Hard Rock Cafe mahu dibuka di Putrajaya, ia mestilah bercirikan Islam dan mempunyai persembahan nasyid.

Memetik kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan seperti yang dilaporkan dalam laman berita Malaysiakini, beliau menegaskan Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media yang dipetik oleh laman berita Malaysiakini.

Apa Pendapat Anda?
Berdasarkan kenyataan terbaru daripada Menteri Wilayah Persekutuan ini, adakah Hard Rock Cafe akan beroperasi di Putrajaya dengan mengetengahkan hiburan Islam sebagai hiburan utama di pusat tersebut? Adakah ia akan dipersetujui oleh pihak Hard Rock International? Bagaimana pula pendapat anda?

Kongsikan bersama kami.

– Munsyeed Dot Com

Sumber gambar: Malaysiakini.com

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response