Baru-baru ini kami terdengar sebuah lagu baru nyanyian artis wanita yang berkumandang di sebuah stesen radio tempatan. Yang menarik perhatian kami, lagu indah tersebut turut disulami bait-bait zikir Hasbi Rabbi di bahagian chorus lagu tersebut. Selepas diamati, rupa-rupanya penyanyi lagu tersebut ialah Ainan Tasneem.
Berdasarkan informasi yang berjaya kami kumpulkan, lagu nyanyian Ainan Tasneem ini diberi judul Hanya PadaMu. Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Isman Hijjaz yang menggunakan nama pena baru; Al-Farouq. Pihak kami difahamkan, lagu ini diterbitkan dibawah label MVM Production Sdn Bhd.
Lagu ini merupakan single terbaru Ainan Tasneem selepas kejayaan lagu 150 Juta, Aku Suka Dia dan Kamu Saja yang mendapat tempat di hati peminat.
Disini kami kongsikan lirik lagu Hanya PadaMu nyanyian Ainan Tasneem. Kepada peminat Ainan Tasneem, bolehlah mula buat permintaan serta undi lagu ini di laman rasmi stesen radio ERA fm.
Hanya PadaMu – Ainan Tasneem
Lagu & Lirik : Al- Farouq (MVM Production Sdn. Bhd.)
Woohoo….ooo…woohooo….
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya duniaku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala hidup matiku..
(zikir)
Hasbi Robbi Jalallah
Mafi Qalbi..Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailahaillallah
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya hidupku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala jiwa ragaku..
(ulang zikir 2x)
*
Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untuk Mu
Woohoo oooo..
Ya Allah..
(ulang * & zikir 2x)
– Munsyeed Dot Com
Tq.baru dpt tau lagu ni tajuknya apa…tq for the review.
Sama2 Zura :D
Saye sangat sukekan lagu ini