0 comments

PU Hafiz Berazam Martabat Sekolah Aliran Agama dan Tahfiz

by on January 21, 2014
 

Walaupun sudah lebih seminggu program realiti tv Pencetus Ummah melabuhkan tirainya, namun rata-rata peminat masih lagi membicarakan mengenai program Islami paling popular bagi tahun 2013 ini. Paling mendapat perhatian, Juara program Pencetus Ummah musim pertama, Hafiz atau nama sebenar beliau, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa.

Pastinya kehidupan PU Hafiz berubah selepas dinobatkan sebagai Juara Musim Pertama Pencetus Ummah. Sebagai personaliti agama yang dilihat mesra dengan golongan muda, PU Hafiz dilihat sebagai ikon yang mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat terutama generasi muda untuk mendekatkan diri dengan Islam.

Bapa Namakan Institusi Pendidikan Sempena Nama Hafiz

Mungkin ramai yang tidak tahu yang bapa kepada PU Hafiz merupakan pemilik institusi pendidikan aliran agama dan tahfiz di Klang, Selangor. Bermula dengan tadika hinggalah ke Kolej, institusi pendidikan ini telah diberi nama sempena dengan nama Hafiz sejak awal penubuhan institusi tersebut.

Ketika ditemubual oleh pihak Astro, PU Hafiz menjelaskan yang beliau berazam untuk memperjuangkan nasib sekolah aliran agama dan tahfiz sebagai sebahagian daripada usaha beliau pasca program Pencetus Ummah.

Hafiz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tahfiz Selangor berkata, hasrat untuk membela nasib sekolah-sekolah agama dan tahfiz sudah lama disimpan.

“Saya mahu sekolah-sekolah aliran agama dan tahfiz setanding dengan perkembangan pendidikan di Malaysia.

“Bapa saya membuka institusi pendidikan persendirian itu sejak 30 tahun lalu dan meletakkan nama saya iaitu Tadika Hafiz, Sekolah Rendah Hafiz, Sekolah Menengah Hafiz dan Kolej Hafiz yang terletak di Klang.

“Semua sekolah dan kolej telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, di mana sijil dan diploma diiktiraf kerajaan, namun usaha itu bukan sesuatu yang mudah.

“Oleh itu, saya harap dengan laluan yang saya ada ini, saya mahu membantu 140 sekolah tahfiz lain di Selangor ini untuk setaraf dengan pendidikan yang ada di Malaysia,” kata Hafiz yang merupakan pengetua di institusi pengajian kepunyaan keluarganya.

Harap Astro Teruskan Program Pencetus Ummah

Selain itu Hafiz,32 berkata selepas ini dia akan terus mengembangkan dakwah dengan skop yang lebih luas.

“Saya akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid seperti dahulu…Insyaallah, saya akan berkongsi ilmu yang ada dengan sebaik mungkin.

“Saya juga berharap Pencetus Ummah akan diteruskan lagi supaya dapat menarik lebih ramai orang mendekati program-program bercorak keagaamaan,” katanya.

Juara Pencetus Ummah, Hafiz

Juara Pencetus Ummah, Hafiz

Hafiz memenangi tempat pertama pada program akhir tersebut yang diadakan pada Khamis lalu dan membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China, trofi dan kontrak bersama Astro.

Kepada PU Hafiz, syabas kami ucapkan atas niat murni beliau untuk memperjuangkan nasib sekolah aliran agama dan tahfiz. Kami juga berharap agar PU Hafiz menjadi agen perubahan kepada masyarakat yang menjadi pemangkin kepada pengamalan Islam secara syumul.

– Munsyeed Dot Com

Sumber berita: Astro Gempak Gambar: Facebook Pencetus Ummah

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response