0 comments

Salleh Brotherz Kemalangan

by on January 9, 2014
 

salleh accident

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun..

Munsyeed Dot Com baru sahaja menerima khabar berita kemalangan yang menimpa salah seorang vokalis kumpulan Brotherz (Brothers), Mohd Salleh Mohamed Deril.

Menurut sumber, keadaan Salleh kini stabil tanpa sebarang kecederaan yang serius. Walaubagaimanapun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan yang amat teruk. Beliau yang baru sahaja selesai menjalani rawatan pada hari Isnin yang lalu di Unit Rawatan Rapi Jantung Hospital Sungai Buloh kini dilaporkan sedang berehat di rumah.

Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan semoga Salleh diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang datang menimpa. Semoga beliau dikurniakan kelapangan dan kemudahan di dalam kehidupan oleh Allah s.w.t

Sekiranya anda ingin menghulurkan sebarang bantuan, boleh terus hubungi sekretariat Munsyid Malaysia di Facebook atau emel di [email protected]

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response