0 comments

TV3 Suntik Motivasi Islami Menerusi Positif Pagi

by on January 20, 2014
 

Positif Pagi TV3

TV3 membuka tirai 2014 dengan menyajikan program-program menarik khas untuk penonton-penonton setianya. Muncul sebagai saluran televisyen paling popular di Malaysia, TV3 memperkenalkan sebuah lagi program bual bicara motivasi yang diberi nama Positif Pagi.

Positif Pagi akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam bermula pada 3 Januari 2014. Dengan slogan “Buat Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti”, Positif Pagi menyediakan 3 jenis hidangan ‘vitamin’ (segmen) utama iaitu ‘Vitamin Hati’, ‘Vitamin Iman’ dan ‘Vitamin Minda’.

Positif Pagi diolah dengan formula lengkap untuk menyuntik kesedaran tentang moral dan nilai-nilai positif yang kini kian pudar di kalangan masyarakat.

Positif Pagi di TV3

Positif Pagi di TV3

Motivator Terkenal Mewarnai Positif Pagi

Positif Pagi menampilkan panel-panel hebat yang dikenali sebagai “Agen Perubahan Insan”, antaranya, ialah Datuk Syed Zainal Abidin, Dr. Azizan Osman, Ustaz Kazim Elias, Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Syeikh Razek Al Masri. Mereka akan menyampaikan setiap pengisian dengan penuh santai dan segar di lokasi-lokasi kafe terpilih. Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah-kisah yang dipetik dari tokoh-tokoh terkenal dunia Islam mahupun bukan Islam.

Dalam episod pertama minggu lalu, Dr. Muhaya Mohamad telah mengupas mengenai topik Mencari Bahagia. Dalam episod ini, Dr Muhaya telah berkongsi tips-tips menarik untuk memperolehi kebahagiaan di dalam hidup merangkumi pelbagai aspek.

Dalam episod seterusnya, Ustaz Zul Ramli pula yang bersama dengan penonton berbicara tentang topik ‘Dia Idolaku’. Ustaz Zul Ramli telah mengupas mengenai makna idola dan cerita-cerita menarik mengenai idola kita yang sepatutnya kita contohi iaitu Nabi Muhammad SAW.

Dr. Azizan Osman pula akan menyampaikan topik mengenai Hidup Untuk Memberi dalam episod seterusnya.

Pelbagai lagi topik bakal dikupas oleh barisan panel tersohor ini, seperti Kenali Dirimu oleh Haji Yasim Mohamed, Bebaskan Belenggu oleh Cikgu Yaser, Sebarkan Salam oleh Ustaz Amran Yusuf, Jutawan Akhirat oleh Dr. Azizan Osman, Akulah Generasi Y oleh Cikgu Yaser dan banyak lagi sepanjang 26 episod Positif Pagi.

Positif Pagi diterbitkan oleh Primeworks Studios yang terajui oleh Siti Zuraihan Abd. Rashid selaku Penerbit. Saksikan program bual bicara terbaru ‘Positif Pagi’ pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi di TV3. Bagi mereka yang terlepas episod-episod sebelum ini, anda boleh tonton di saluran TV digital Media Prima di Tonton.com.my

– Munsyeed Dot Com

 

Sumber berita dan gambar: TV3

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response