0 comments

Wanshah Ex-UNIC Buat Comeback, Tubuh Kumpulan U-NICE

by on January 22, 2014
 

Lama kita tidak dengar cerita mengenai bekas ahli kumpulan UNIC; Wanshah dan Afendy. Tidak seperti Hafiz Hamidun dan Fitri Haris yang kekal aktif berkarya walaupun sudah tidak bersama UNIC, Wanshah dan Afendy dilihat lebih selesa menjalani kehidupan biasa tanpa perlu menjadi tumpuan lensa kamera wartawan mahupun peminat.

Bukan Sebagai ahli UNIC, Tetapi Sebagai Kumpulan U-NICE

Mungkin rindu agaknya untuk kembali mewarnai nuansa nasyid tempatan yang membuatkan Wanshah kini sedang giat merancang untuk membuat ‘comeback’ bersama Afendy. Kemunculan semula ini bagaimanapun bukan sebagai ahli UNIC sebaliknya mereka tampil dengan kumpulan baru yang diberi nama U-NICE.

Cetusan Idea Wanshah

Ketika dihubungi oleh pihak Munsyeed, U-NICE menjelaskan yang kemunculan mereka adalah hasil cetusan idea Wanshah selaku ketua kumpulan U-NICE.

“Ya, kami ditubuhkan oleh saudara Wanshah sendiri dan idea nama kumpulan ini pun daripada beliau juga. Wanshah yang memilih nama U-NICE di awal penubuhan kumpulan ini.”

“Kami sedar, bukan mudah untuk menembusi pasaran sekarang namun kami optimis untuk memberikan yang terbaik dan pembaharuan yang pasti akan membezakan kami dengan artis baru yang lain.”

Pertaruh Single Permaisuri

“InshaAllah, single pertama (Permaisuri) akan keluar dalam Januari 2014 atau Februari 2014. Lagu ini ciptaan Wanshah. Lirik oleh Wanshah dan Iwan Reaz.”

Jika tiada aral melintang, kami akan cuba percepatkan urusan penerbitan single ini. Ia merupakan salam perkenalan kami kepada para peminat dan juga industri sendiri. Semoga kehadiran kami dalam industri ini diterima dengan baik dan positif oleh para peminat dan penggiat industri.”

U-NICE. (Tiada dalam gambar: Afendy)

U-NICE. (Tiada dalam gambar: Afendy)

Ditanya mengenai jumlah ahli kumpulan U-NICE yang sebenar, mereka menjawab akan ada beberapa penambahan yang dirahsiakan buat masa ini.

“U-NICE masih membuat beberapa penambahan ahli mungkin bertiga or berempat, kami akan bagi detailnya nanti, buat masa ini ahli yang confirm didalam U-NICE adalah saudara Wanshah sendiri,Afendy ex-unic, dan Hazeem.”

Jom kita dengar teaser lagu Permaisuri nyanyian U-NICE!

Untuk mengikuti perkembangan U-NICE, anda boleh layari akaun sosial mereka seperti dibawah ini:

Kepada U-NICE, kami ucapkan selamat maju jaya. Semoga industri semakin meriah dengan kemunculan U-NICE.

– Munsyeed Dot Com

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response