2 comments

Album Farid Sanullah – Don’t Forget Allah, Mula Diperdengarkan

by on April 14, 2014
 

Namanya masih terlalu baru di dalam industri. Ke’hijau’annya jelas kelihatan pada rupa penampilan artis muda ini. Namun sebagai pendatang baru yang masih ‘hijau’ di dalam dunia seni hiburan tempatan, di sebalik dirinya yang masih mentah, Farid Sanullah bukanlah seorang artis yang boleh dipandang sebelah mata. Kebelakangan ini nama pemuda berusia awal 20an ini, seringkali muncul di beberapa ruang maya. Penampilan awal penyanyi yang berasal dari Perth, Australia ini mula disedari ramai bermula pada penghujung 2012 melalui kehadiran single hit pertama beliau berjudul Don’t Forget Allah.

Farid Mengatur Langkah

Tidak hanya berhenti di situ, penyanyi ini mula mengorak langkah dengan mengikat kontrak bersama Inteam Records dan kemudian muncul dengan single terbaru berjudul Subhanallah pada awal bulan Mac sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan beliau di dalam industri. Semenjak daripada itu, namanya mula meniti segar di bibir para peminat tegar nasyid tanahair. Terbaru, artis kelahiran Malaysia ini kini muncul dengan album penuh berjudul Don’t Forget Allah.

Don’t Forget Allah mengandungi 8 buah trek lagu segar yang mengetengahkan variasi genre yang berbeza. Album ini mula diperdengarkan secara rasmi melalui laman/applikasi penstriman lagu popular Spotify bermula jam 12 pagi tadi. Selain Spotify, album ini juga boleh dimuat turun di iTunes Store dan Amazon bermula hari ini.

Sebagai bonus, kami kongsikan music video salah sebuah lagu kegemaran kami yang terdapat di dalam album tersebut buat tatapan para pembaca Munsyeed. Mungkinkah album ini mampu merampas takhta Album Nasyid Terbaik yang kini dimiliki oleh Inteam? Sama-sama kita nantikannya dipenghujung tahun ini.

 

Album ini akan didedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia.

Download  Dengar di Spotify

Ikuti perkembangan terbaru Farid Sanullah di laman Facebook

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response