0 comments

Aden’s Legacy: edCoustic Kumpul Karya-Karya Aden

by on May 10, 2014
 

Sudah hampir 5 bulan Aden edCoustic meninggalkan kita. Perginya beliau mengadap Ilahi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pun begitu, allahyarham masih kekal diingatan kerana lagu-lagunya masih segar dan terus menginspirasikan sesiapa yang mendengarkannya.

Demi meneruskan perjuangan yang diasaskan bersama Aden, Eggie atau nama sebenarnya Eggie Gusthaman telah berusaha keras mengumpulkan karya-karya peninggalan allahyarham Aden.

Menurut pihak pengurusan edCoustic, Eggie telah berusaha untuk mencari dan mengumpulkan hasil karya allahyarham Aden yang masih tersimpan dalam simpanan peribadi mereka.

“Semenjak Aden meninggal dunia, Eggie berusaha untuk mengumpulkan karya almarhum yang masih ada.” ujar jurucakap pihak pengurusan edCoustic di Indonesia.

“Setelah hampir 2 bulan lebih, alhamdulillah terkumpullah apa yang kami (pihak pengurusan) panggil Aden’s Legacy.”

“Aden’s Legacy atau karya Almarhum Aden ini berjaya dikumpulkan dan ia berupa buku-buku himpunan lagu yang ditulis oleh Aden. Ia termasuk lagu-lagu yang belum diterbitkan lagi oleh almarhum.”

Tambah beliau lagi, buku-buku tersebut dipenuhi dengan karya-karya allahyarham Aden dari muka surat pertama hingga muka surat terakhir setiap buku.

Ketika ditanya adakah Eggie mengetahui semua lagu-lagu yang terdapat dalam buku himpunan lagu Aden itu, Eggie kemudiannya menjawab:

“Sayangnya tidak semua lagu di buku tersebut, diketahui nadanya kerana kebanyakkan lagu hanya Aden sahaja yang tahu. Memang ada beberapa lagu yang saya ingat nadanya tetapi kebanyakkannya lupa.” ulas Eggie.

“Buat masa ini, belum ada rencana untuk dibuat buku atau CD bagi Aden’s Legacy. Tetapi kami ada berita baik untuk peminat edCoustic mengenai album ke-4 edCoustic.”

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, Eggie berjaya mengumpulkan lagu-lagu yang pernah dirakam oleh Aden yang belum dirilis. InshaAllah, lagu-lagu tersebut dalam proses mastering dan akan dimuatkan dalam album ke-4 edCoustic.” jawab wakil pengurusan edCoustic.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response