1 comment

Simbolik – Koleksi Nasyid Indie Terbaik Pernah Dihasilkan

by on June 18, 2014
 

Album Nasyid Indie Simbolik

Bakat-bakat baru dalam industri muzik sentiasa mendapat perhatian para peminat. Ini kerana, kemunculan mereka memberi ruang kepada kesinambungan perjuangan yang telah diasaskan oleh artis terdahulu. Bakat-bakat ini pula tidak pernah hilang dari pemerhatian komposer muda berbakat besar, Abd Halim Ahmad.

Halim menerusi syarikatnya, Neurotic Studio sentiasa mengalu-alukan kehadiran bakat-bakat baru di dalam industri. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kesemua bakat-bakat baru ini digilap bakatnya dan diserlahkan melalui penampilan single yang disusun dalam album Koleksi Nasyid Indie. Kini, memasuki album ke-3, Koleksi Nasyid Indie, Halim tidak lagi mahu berkompromi isu kualiti dan disiplin. Bagi beliau, album ini harus setanding dengan album-album terbaik yang berada di pasaran.

Ketika ditemubual baru-baru ini, Halim berkongsi cerita mengenai album Koleksi Nasyid Indie Vol.3 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Menurut Halim, seramai 4 kumpulan nasyid dan 4 orang penyanyi solo yang terlibat dalam album kali ini.

“Kumpulan yang terlibat ada 4. Devo, Feelhoney, Hilwan dan Byhaq manakala artis solo ada 4 iaitu saya sendiri; Halim Ahmad, Shauqi Kashim, Idris Shamsuddin dan Che An.”

Disebalik Nama Simbolik

Sebanyak 11 track bakal disusun kemas dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol.3  yang diberi nama Simbolik.

Terkenal sebagai seorang pencinta seni yang kreatif, kami sempat bertanya Halim makna tersirat disebalik judul album kali ini iaitu Simbolik.

“Simbolik ialah simbol, petanda, alamat atau prediksi. Contohnya langit mendung petanda hari akan hujan, air mata petanda hati sedang bersedih. Apa yang ingin disampaikan ialah setiap lagu yang diketengahkan dalam album ini merupakan simbolik kepada apa yang hendak disampaikan dalam lirik masing-masing.” ujar Halim.

Jika diteliti, setiap lagu yang terdapat dalam album ini mempunyai mesejnya yang tersendiri dan menggabungkan aspek penting dalam hidup seorang Muslim seperti Cinta kepada Ilahi, Cinta kepada Rasul, Cinta sesama manusia dan mesej jihad yang mendidik kita supaya sentiasa bersedia untuk berjuang di medan jihad.

“Contohnya: Rindu Ramadhan (Devo) versi baru yang lebih segar, Wanita Istimewa (Feelhoney) sebuah lagu yang catchy & radio friendly, Kau dan Aku (Shauqi Kashim) sebuah lagu dedikasi buat isteri yang sememangnya menyentuh hati setiap yang mendengarnya, CahayaMu (Hilwan) sebuah lagu yang menguji kemantapan vokal mereka, Mungkin Esok Aku Akan Syahid (Byhaq) sebuah lagu jihad yang memang menaikkan semangat juang, dan banyak lagi.”

“Juga album ini menampilkan single terbaru saya iaitu Pujuk Rayu dengan sound yang fresh diiringi live music, dan juga bakat baru Idris Shamsuddin dengan lagu Pemilik Hati yang dijangka bakal mendapat tempat di hati para peminat.” jelas Halim lagi.

“Secara keseluruhan memang sebuah album yang berkonsepkan pop. Pada saya setiap track memang mempunyai daya penarik yang tersendiri & insyaAllah sedap didengar.

Halim Guna Khidmat Pemuzik Professional

Bercerita mengenai komposer dan pemuzik yang terlibat dalam menjayakan album ini, Halim berkata, untuk album ini, beliau menggunakan khidmat pemuzik professional bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik.

“Komposer dan penulis lirik yang terlibat (untuk album ini) antaranya Halim Ahmad, Amin Feelhoney, Hasbi Felhoney, Shauqi Kashim, dan Aimuni Marjono. Lebih menarik, album istimewa ini juga menampilkan ramai pemuzik undangan seperti Kelly (bass), Ayie Spider (drummer) dan Along Exists (gitar).”

Adakah Koleksi Nasyid Indie Akan Diteruskan?

“Bergantung pada sambutan album. InsyaAllah niat di hati memang nak teruskan tapi kita lihat dulu (sambutan dan penerimaan peminat). Mungkin akan datang konsep lebih kepada zikir, atau apa-apa yang sesuai dengan kehendak pasaran semasa.” ulas Halim.

“Harapan saya mudah-mudahan album ini dapat dimiliki oleh semua peminat nasyid terutamanya, lagu-lagu yang terdapat di dalamnya akan mendapat tempat di hati dan sampai kepada maksud yang hendak disampaikan, insyaAllah.” kata beliau lagi sebelum mengakhiri temubual bersama Munsyeed.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan naskah seni ini. Semoga ia menjadi batu loncatan untuk kalian lebih maju dalam industri muzik Malaysia. Halim sudah membuka jalan, kini giliran anda untuk meneruskan penerokaan kearah kejayaan.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response