0 comments

R-iF Ajak Generasi Muda Contohi Ahmad Ammar

by on June 10, 2014
 

DSC_0852

Selepas muncul dengan album sulung yang berjudul Percayalah, R-iF kini mempertaruhkan single terbaru yang mengangkat pejuang muda yang dikagumi ramai; Ahmad Ammar.

Lagu Ahmad Ammar ini dicipta sepenuhnya oleh AMAR dengan lirik diinspirasikan dari mutiara kata dari allahyarham Ahmad Ammar.

Timbul Idea Dari Perbincangan Bersama AMAR

Ketika dihubungi oleh Munsyeed, Khairul Azwar dari R-iF menjelaskan yang idea untuk mengangkat wira muda ini tercetus dari hasil perbincangan diantara R-iF dan AMAR.

“Alhammdulillah memang R-iF sedang mencari bahan untuk terbit single terbaru pada 2014. Mula terdetik apabila AMAR mencadangkan agar R-iF muncul dengan lagu yang berinspirasikan insan hebat iaitu Ahmad Ammar.”

“Kami berbincang dan akhirnya bersetuju kerana ada kelainan yang ingin kami tonjolkan kali ini yang mana kami ingin mengetengahkan seorang insan yang boleh memberi tauladan yang sangat baik buat generasi muda khususnya dan semua lapisan masyarakat dalam mencontohi perjuangan allahyarham ketika hayat beliau.” jelas Azwar.

“Setelah berjumpa berbincang dan meminta keizinan dari keluarga allahyarham iaitu ibu dan bapa Ahmad Ammar, akhirnya kami meneruskan niat kami untuk menyanyikan lagu khas untuk Ahmad Ammar.”

Lagui Ahmad Ammar

Allahyarham Ahmad Ammar

Ahmad Ammar Dididik Dengan Wawasan Sultan Al-Fateh

“Kami cukup teruja sebenarnya apabila mengetahui Allahyarham Ahmad Ammar dididik oleh ibu bapa arwah dengan wawasan menjadi insan hebat seperti Sultan al-Fatih. Banyak yang kami perolehi dan pelajari ketika perkongsian yang dibuat oleh En. Azam, bapa kepada Allahyarham Ahmad Ammar kepada kami.” cerita beliau.

Tambah Azwar lagi, “Terdapat sesuatu yang istimewa untuk kami ketahui dan kenali allahyarham sehingga membuatkan kami teruja untuk manyanyikan lagu khas yang bertajuk Ahmad Ammar ini. Lagu ini juga dicipta agar generasi muda dapat mengenali siapa Ahmad Ammar dan meneruskan perjuangan yang telah diusahakan oleh allahyarham.”

Harapan R-iF

“R-iF berharap agar lagu ini dapat didengar oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda supaya golongan muda dapat mencontohi akan keikhlasan serta kejujuran arwah ketika hayat beliau dalam perjuangannya.”

“Kami cuba menghasilkan single yang berkualiti supaya generasi muda tertarik untuk mendengar lagu ini dan memahami akan lirik yang ingin kami sampaikan dengan melodi yang cukup indah dan segar. Akhirnya semoga usaha kecil kami ini dapat memberi impak dan kebaikan kepada semua orang.insyaAllah.” ucap Azwar. 

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response