4 comments

Cukuplah Bagiku – Kolaborasi Mantap The Muhibbain & Lah Ahmad

by on October 28, 2014
 

Jika anda peminat kumpulan Muhibbain, pasti anda akan mengetahui paten muzik dan alunan vokal kumpulan ini menerusi album sulung mereka, Mengenal Cinta. Tetapi percayalah, untuk single terbaru mereka ini, segala paten muzik, vokal dan imej Muhibbain berubah 100%.

Kali pertama mendengar single terbaru mereka berjudul Cukuplah Bagiku, kami tidak berjaya mencari ‘Muhibbain Yang Kukenali’. Perubahan yang cukup mengagumkan! Selari dengan penjenamaan semula kumpulan ini kepada The Muhibbains, lagu Cukuplah Bagiku nyanyian The Muhibbain feat Lah Ahmad dilihat sebagai satu penanda aras kepada peningkatan kualiti mutu lagu dan vokal yang ingin disampaikan oleh The Muhibbain.

The Muhibbain yang kini dianggotai oleh Erwan dan Adib, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cat, mengakui lagu ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya lagu ini berjaya dirakamkan dengan baik dan mendapat kerjasama yang baik daripada Lah Ahmad.

Lagu yang berkonsepkan R&B Soul ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Erwan The Muhibbain dan mendapat sentuhan susunan muzik dari Ahmad Izham Omar.

“Cukuplah Bagiku ini sangat istimewa kerana bait-bait liriknya adalah penceritaan yang dipetik dari qasidah masyhur, Qod Kafani yang dikarang oleh Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad. Kami juga bertuah kerana sahabat kami, Ketua Pegawai Operasi Media Prima TV Networks, Ahmad Izham Omar juga terlibat dalam susunan muzik bagi lagu ini.” jelas Erwan.

Lagu ini dimuatkan dalam album terbaru The Muhibbain berjudul #LoveCintaMahabbah terbitan dan edaran Inteam Records Sdn Bhd dan Sony Music Malaysia. Album ini telah mula berada di pasaran sejak awal minggu ini. Sila dapatkan yang original ok!

Mari kita tonton dan hayati keindahan lagu Cukuplah Bagiku nyanyian The Muhibbain feat Lah Ahmad.

– Munsyeed Dot Com

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response