1 comment

Hafiz Pelawa Peminat Hadiri Exclusive Night With Hafiz Hamidun

by on November 3, 2014
 

Arteffects International dan Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan sebuah persembahan yang julung-julung kali diadakan, iaitu “Exclusive Night With Hafiz Hamidun at Mega View, Kuala Lumpur Tower”.

Persembahan eksklusif yang akan menampikan repertoire dari album Zikir Terapi Diri 1,2 dan 3 ini akan berlangsung pada 7 November 2014 dan hanya terbuka kepada 300 tetamu.

Persembahan ini akan berlangsung selama 90 minit, bermula jam 8.30 malam dan dijangka berakhir tepat jam 10 malam. Ketinggian 288 meter serta pemandangan gah yang ditawarkan oleh Mega View Menara Kuala Lumpur bakal menjadi kelainan dan tarikan utama kepada para tetamu untuk menghadiri persembahan ini.

Konsert Hafiz

Exclusive Night With Hafiz Hamidun

Dalam satu temubual bersama Hafiz Hamidun baru-baru ini, Hafiz berkata jualan tiket untuk persembahan tersebut sangat menggalakkan. Oleh itu, beliau menyeru agar para peminat tidak menunggu saat-saat akhir untuk membeli tiket. Menurut Hafiz, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada bekas vokalis utama kumpulan Raihan, Nazrey Johani, bagi membantu projek pembinaan Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah. “Jumlah sumbangan hasil daripada jualan tiket akan diumumkan kemudian”, tambahnya lagi.

Disamping itu, Hafiz Hamidun juga turut menawarkan 3 tiket eksklusif secara percuma ke persembahan tersebut di akaun page rasmi Facebook beliau. Kepada mereka yang ingin memenangi 3 keping tiket tersebut, anda bolehlah layari akaun Facebook Page Hafiz Hamidun.

Pengalaman kami menghadiri Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun sebelum ini nyata tidak mengecewakan. Malah, tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa Hafiz Hamidun merupakan antara penghibur terbaik yang kita ada di Malaysia. Beliau bijak menguasai pentas dan pandai berinteraksi secara santai bersama para penonton. Penyampaian beliau sangat mengagumkan.

Kami tidak mahu mengulas panjang, anda datang sendiri dan rasai pengalaman menghadiri Exclusive Night With Hafiz Hamidun di Mega View, KL Tower pada 7 November ini.

Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket dan persembahan ini boleh diperolehi di Facebook, Twitter dan Instagram Hafiz Hamidun dan Menara Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang keeamasan ini!

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response