0 comments

Ikon Nasyid, Hajah Asiah Djamil Meninggal Dunia

by on December 21, 2014
 

Ikon nasyid Nusantara yang juga merupakan vokalis utama kumpulan nasyid terkemuka Indonesia, Hajah Nur Asiah Djamil telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
Menurut berita yang kami terima, Allahyarhamah Hajah Asiah telah menghembuskan nafas terakhir di Medan Indonesia pada usia 70-an. Jenazahnya telah selamat dikebumikan lewat petang tadi.
Menyorot seawal pembabitan ikon ini dalam lipatan sejarah karier beliau bersama El-Surayya, Allahyarhamah memulakan langkah dalam industri seni hiburan Islam seawal usia empat tahun dimana beliau mengasah bakatnya di dalam bidang seni Al-Quran, Qasidah dan Taranum di kampung halaman beliau di Desa Kotarih, Galang. Lantaran memiliki suara yang cukup lunak, beliau diajak untuk mengikuti kelas nasyid bersama-sama sepupunya.
Setelah mengorak langkah bersama kumpulan El-Surayya lewat 1960-an, mereka kerap kali diundang untuk membuat persembahan, bukan sahaja di sekitar Indonesia, malah meliputi Negara jiran serumpun.

Kemuncak karier Allahyarhamah bersama El-Surayya ialah ketika ‘meletupnya’ album Panggilan Haji dimana album tersebut terjual ratusan ribu unit, sekaligus melayakkan kumpulan tersebut mengondol Anugerah Emas di Indonesia.
Beliau yang kekal aktif hingga akhir hayat, juga merupakan seorang guru Al-Quran yang hebat. Buktinya beliau telah mengasaskan madrasah Al-Quran beliau sendiri iaitu Yayasan Perguruan Al-Quran Nur Asiah. Tidak cukup dengan itu, beliau juga dilantik sebagai penyarah di Fakulti Usuluddin, Institut Agama Islam Negeri Sumatera, selain giat menjadi juri di pelbagai pertandingan nasyid dan Tilawah Al-Quran.
Sehingga akhir hayatnya, beliau telah mencipta lebih 500 buah lagu dan hampir 100 buah album, termasuk bacaan 30 juzuk Al-Quran dan Qasidah. Malah, beliau pernah berkolaborasi dengan penasyid Malaysia iatu Hijjaz dengan merakamkan semula lagu Panggilan Haji.
Allahyarhamah merupakan seorang ibu kepada empat orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response