0 comments

Arteffects Umum Pengganti Hafiz Hamidun

by on January 17, 2015
 

Beberapa bulan yang lalu, ramai dikalangan peminat dan penggiat industri nasyid yang terkejut dengan keputusan pengalun siri Zikir Terapi Diri, Hafiz Hamidun yang telah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat beliau sendiri. Hal ini sekaligus telah menimbulkan pelbagai tanda tanya ramai pihak terutamanya para peminat Hafiz sendiri yang saban hari tidak jemu mengikuti perkembangan artis solo kesayangan mereka yang masih lagi solo sehingga kini.

Walaubagaimanapun Hafiz dilihat bijak menutup sebarang ruang kontroversi dengan menjelaskan pengunduran beliau dari posisi tersebut adalah bertujuan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja seni kreatif yang semakin banyak dan memerlukan perhatian beliau secara menyeluruh. Wah! Nampaknya rezeki Hafiz Hamidun semakin melimpah-ruah. Boleh la belanja peminat-peminat melancong sambil berzikir selepas ini.

Arteffects umum pengganti hafiz hamidun

Arteffects umum Pengarah Urusan baru. sumber: Arteffects International

Terbaru, dalam satu kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Arteffects International, kekosongan posisi tersebut nampaknya sudah pun diisi oleh Izham Shah Mat Anuar berkuat kuasa pada bulan ini. Untuk makluman pembaca Munsyeed Dot Com, Izham merupakan individu yang tidak asing lagi dalam industri nasyid tanahair. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat bersama Hijjaz Records Sdn. Bhd. dan Inteam Records Sdn. Bhd. sebelum menyertai Arteffects International secara rasmi pada awal tahun ini.

Selamat bertugas kami ucapkan kepada Pengarah Urusan Arteffects yang baru. Tak sabar rasanya kami untuk melihat impak dari hasil kerja beliau yang dijangka bakal memberikan perubahan yang besar pada landskap industri nasyid tahun ini. Kami di Munsyeed Dot Com berharap agar perkembangan ini akan membantu meningkatkan lagi kualiti industri nasyid di samping memeriahkan lagi industri muzik tempatan.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response