1 comment

Hijjaz Tercalon Dalam Top 5 ABPBH 2014

by on February 18, 2015
 

Pada peringkat pusingan pertama undian ABPBH dijalankan, tahun ini menyaksikan beberapa artis nasyid telah tercalon di dalam kategori masing-masing. Setelah sebulan proses pengundian berlalu, pihak penganjur ABPBH 2014 akhirnya mendedahkan senarai finalis top 5 bagi setiap kategori utama dan kategori online dalam satu majlis pengumuman yang diadakan di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Sepanjang tempoh pusingan pertama, undian yang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian telah berjaya meletakkan kumpulan nasyid Hijjaz tersenarai di dalam finalis top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian menerusi kategori artis duo/berkumpulan popular. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa kewujudan mereka di dalam industri muzik tanahair masa kini masih lagi relevan di hati para peminat, sekaigus menepis sebarang desas-desus yang negatif tentang status kumpulan ini. Turut tercalon di dalam kategori yang sama ialah kumpulan 6ixth Sense, Akim & The Magistrate, Black & RJ dan Azhael.

Dalam perkembangan terkini, kumpulan Hijjaz dijadualkan bakal menyertai misi kemanusiaan sekali lagi bersama Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM) ke Syria pada 25 Febuari ini. Turut sama menyertai misi kali ini ialah Heliza Helmi dan Yatt Hamzah.

Sekitar majlis pengumuman finalis ABPBH 2014 semalam. sumber:abpbh

Sekitar majlis pengumuman finalis ABPBH 2014 semalam. sumber:abpbh

Selain Hijjaz, artis yang juga merupakan pengacara rancangan SIS di TV9, Heliza Helmi, turut tersenarai di dalam top 5 anugerah berprestij ini menerusi kategori pengacara tv wanita popular.

Cara mengundi kekal seperti penganjuran ABPBH yang lalu iaitu menerusi borang undian dikeratan akhbar Berita Harian setiap hari bermula 18 Febuari sehingga 22 Mac 2015 dengan memilih hanya SATU SAHAJA artis bagi setiap kategori. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang bertemakan “Cinta” dijadualkan akan berlangsung pada 5 April 2015 di Arena Of Stars, Genting Highlands.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response