0 comments

Wajah Baru Barisi Kepimpinan Munsyid Malaysia

by on February 17, 2015
 

Malam tadi telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Munsyid Malaysia kali ke-2 yang bertempat di dewan seminar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mesyuarat yang dikendalikan oleh Zuwairi Che Ramly selaku pengerusi tetap telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asri Ubaidullah dan ucapan aluan daripada pemangku presiden, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah.

Sejurus selepas selesai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan tayangan slaid serta pembentangan laporan aktiviti-aktiviti Munsyid Malaysia sepanjang sesi yang lalu. Dalam mesyuarat yang sama, barisan kepimpinan Munsyid Malaysia yang baru telah dilantik melalui proses undian bagi menggantikan tampuk kepimpinan sesi yang terdahulu.

Berikut adalah senarai saf kepimpinan baru yang telah dipilih:-

Barisan kepimpinan Munsyid Malaysia yang baru

Barisan kepimpinan Munsyid Malaysia yang baru

Presiden: Ustaz Amaluddin Mohd Napiah (Ustaz Amal)

Timbalan Presiden: Muhammad Hazamin Harun (Inteam)

Setiausaha: Muhammad Razin Che Mud (Razin Mestica)

Timbalan Setiausaha: Husaini Hussein

Bendahari: Suffian Amrin (Pyan Saujana)

Ahli Jawatankuasa:-

  1. Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara)
  2. Aizat Jaafar (Hufaz)
  3. Abdullah Faiz Mohammad (Brothers)
  4. Azadan Abdul Aziz (Rabbani)
  5. Rozi Harun (Destiny)
  6. Muhammad Fizarahman (Frizdan)

 

Asad Du'a tekun mendengar pembentangan laporan.

Asad Du’a tekun mendengar pembentangan laporan.

AGM Munsyid Malaysia 15

Ustaz Amal meneliti setiap laporan

Antara penggiat industri nasyid yang hadir pada mesyuarat tahunan Munsyid Malaysia

Antara penggiat industri nasyid yang hadir pada mesyuarat tahunan Munsyid Malaysia

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response