0 comments

Anjur Konsert Besar, Opick Hargai Peminat

by on March 19, 2015
 

Bergelar ‘maestro’ dalam genre lagu bercorak religi membuatkan Opick semakin rancak dalam industri baik di tanah airnya Indonesia mahupun di sekitar Negara Nusantara. Tidak hairanlah, figura hebat ini Berjaya mengumpulkan para peminat setianya sendiri yang tak jemu-jemu memberi sokongan.

Hasil sambutan hebat yang diterima Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, beliau sekali lagi memilih Malaysia sebagai lokasi untuk meluaskan lagi sayap lagu religi yang begitu sinonim dengan beliau.

Kali ini, beliau akan mengadakan sebuah konsert berskala besar yang bakal diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada 18 April nanti.

Menurut kenyataan media yang kami terima, konsert tersebut diadakan bersempena dengan pelancaran album terbaru yang diedarkan buat kali keempat di Malaysia oleh Inteam Records Sdn. Bhd. Dikhabarkan sebanyak 15-20 buah lagu akan dipilih untuk dipersembahkan dihadapan para peminat setianya

Opick yang merupakan artis kelahiran Indonesia popular dengan lagu Dealova, Rapuh, Bila Waktu Telah Terhenti, Ya Maulana, Terima Kasih Ayah, Ibu, Salam Ya Rosulullah dan pelbagai lagi lagu-lagu yang selalu dimainkan di drama-drama Tv di Malaysia.

Album pertama yang diedarkan di Malaysia ‘Istighfar’ yang diterbitkan pada 2005, selepas sebulan diedarkan, mencecah 300 000 unit jualan sehingga berjaya mendapat anugerah Platinum dari Warner Music Malaysia.

Diikuti album kedua ‘Salam Ya Rasulullah’ yang diulang cetak sehingga 10 000 unit dan album ketiga ‘Sahabat Sejati’, Opick mempunyai visi yang lebih jauh dalam mendepani masyarakat dengan konsep lagu pop religi.

Opick yang pernah berduet dengan Melly Goeslow menerusi lagu Takdir di dalam album keduanya (Semesta Bertasbih) berjaya memikat hati pendengar lagu-lagunya sehinggakan mencecah jutaan likers di YouTube.

Dato’ Siti Nurhaliza juga pernah berduet dengannya menerusi lagu ‘Ketika Cinta Bertasbih’ sehingga mencecah 1 638 648 penonton di laman YouTube, lagu ‘Rapuh’ pula seramai 1 472 694 penonton dan ‘Bila Waktu Telah Berakhir’ mencecah 2 846 053 penonton.

Opick yang berasal dari Jember, Jawa Timur lahir pada tanggal 16 Mac 1974 mempunyai panti asuhannya sendiri iaitu ‘Rumah Umat’ yang menghimpunkan anak-anak yatim. Perkembangan terkini Opick boleh diikuti di Facebook dan Instagram rasmi,’Opick Tomboati’.

Tiket berharga RM 50, RM 100, RM 150 dan RM 200 boleh di dapati secara online di laman inteammobile.com

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response