1 comment

Azhar Hilmi Nafi Salah Faham Punca Keluar Langit Ilahi

by on March 4, 2015
 

Memilih untuk menjadi penyanyi solo sepenuh masa sebagai karier di Malaysia bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan. Dalam suasana iklim industri yang masih tidak menentu pasang surutnya, cabaran serta risiko yang bakal dihadapi pastinya lebih tinggi. Namun bagi Azhar Hilmi, cabaran yang wujud adalah asam garam perjuangan dakwah yang beliau sifatkan tidak akan pernah sunyi dari sebarang tribulasi.

Bermula dari laman perkongsian video di YouTube, kemunculan awal beliau bersama Langit Ilahi telah berjaya memahat nama munsyeed solo yang kian meningkat naik ini di persada industri muzik tanahair. Lagu-lagu pop yang diambil dari carta-carta hits semasa telah diolah sendiri oleh Azhar bagi melahirkan naskhah karya yang lebih bermakna. Melalui sambutan baik yang ditunjukkan oleh para peminat terhadap lagu-lagu olahan beliau, Azhar kini lebih yakin untuk mengorak lebih jauh kehadapan di bawah label syarikat rakaman MW Studio. Bersama label ini, beliau telah berjaya melahirkan 2 buah album berupa album mini berjudul “Antara 2 Purnama” dan album terbaru yang diberi judul “Masyarakatku”.

Pengunduran beliau dari Langit Ilahi sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan munsyeed solo ini. Ingin mengelak dari spekulasi, Azhar ketika dihubungi telah menafikan wujud sebarang salah faham di antara mereka yang dikatakan sebagai punca beliau tidak lagi bersama Langit Ilahi. Sebaliknya beliau menjelaskan, terdapat beberapa kekangan yang beliau hadapi mengakibat dirinya tidak lagi mampu untuk memberikan komitmen sepenuh masa bersama Langit Ilahi.

Tampil Dalam Projek Khas

liuttle abd

Album Little ‘Abd & Azhar Hilmi

Dalam kesibukan mempromosikan album Masyarakatku di media arus perdana Malaysia dan Indonesia, Azhar masih sempat meluangkan masa untuk terlibat dalam beberapa projek khas antaranya projek album Little ‘Abd dengan kerjasama SDE Venture Sdn. Bhd.

Album Little ‘Abd merupakan sebuah media pelengkap kepada sistem pendidikan yang diperkenalkan di dalam Little ‘Abd Programme. Di dalam program tersebut, murid-murid tadika dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun akan di dedahkan dengan pendidikan yang berteraskan tauhid. Album yang memiliki 6 track ini menampilkan Azhar Hilmi sebagai vokalis utama manakala susunan muzik dan lagu di dalamnya menerima sentuhan kreatif Al-Farabi Band.

Album Masyarakatku kini boleh didapati di semua platform digital utama (iTunes, Spotify, Amazon) manakala untuk album Little ‘Abd, pembelian boleh dibuat menerusi Puan Hayati ditalian +6019-263 8708.

Jangan lupa untuk LIKE Azhar Hilmi di Facebook bagi mengikuti sebarang perkembangan terkini beliau.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response