0 comments

The Muhibbain, Daqmie Dan Kengkawan Bantu Muslim Bangladesh

by on March 24, 2015
 

Bangladesh merupakan sebuah negara yang tidak pernah lekang dari sebarang kirisis kemanusiaan. Daripada pertembungan ideologi politik sehingga kepada krisis bencana alam, rakyat Bangladesh menjadi mangsa yang sentiasa tersepit dalam setiap situasi yang berlaku. Menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, sebanyak 31.5% daripada 156 juta penduduk Bangladesh berada di bawah paras kemiskinan manakala 21% berada pada tahap kemiskinan yang teruk. Keadaan ini mendorong kepada peningkatan jumlah kanak-kanak yang terpaksa keluar berkerja bagi menampung kehidupan keluarga mereka.

Melihat kepada keadaan ini, sebuah komuniti kebajikan, Kengkawanproject, tampil kehadapan bersama Islamic Relief Malaysia bagi membantu membela nasib masyarakat di sana dengan menganjurkan sebuah konsert amal yang dinamakan sebagai “Konsert Amal Mata Hati”. Konsert yang menggabungkan ramai artis-artis hebat ini dijadualkan akan berlangsung pada 28 Mac 2015 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Menurut wakil pihak penganjur, Norhana Osman Haron, konsert yang merupakan inisiatif bersama Islamic Relief Malaysia dan Kengkawanproject ini adalah salah satu usaha yang dijalankan bagi mengutip dana untuk Misi Bantuan Kemanusiaan di Bangladesh kelolaan NGO terbabit. Tambah beliau lagi, sebahagian daripada dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menampung kos pembedahan katarak dan pemulihan mata bagi 3000 pesakit yang telah dikenalpasti melalui Islamic Relief Bangladesh.

Antara artis yang akan memeriahkan pentas Konsert Amal Mata Hati ialah The Muhibbain dan Andy Flop Poppy, Dakmie, Caliph Buskers, Usop Kopratasa dan Ali ex-XPDC. Turut bersama pada konsert terbabit ialah artis dan komposer, Art Fazil (Rilek Brader) yang diterbangkan khas ke Malaysia dari Singapura untuk bersama barisan artis yang lain di Konsert Amal Mata Hati.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tiket, hubungi talian 012-3893409 (Anna) atau 013-3995192 (Azila).

Jangan lupa untuk Like Facebook Islamic Relief Malaysia dan Kengkawanproject untuk mendapatkan maklumat terkini misi bantuan kemanusiaan Bangladesh dan konsert amal yang dianjurkan.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response