0 comments

Adi Akmal Sudah Berkahwin?

by on April 28, 2015
 

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja kami menerima maklumat bahawa Adi Akmal kini sudah pun berkahwin!! Tidak ingin terburu-buru menyampaikan berita baik ini, kami cuba mendapatkan pengesahan dari pihak Adi sendiri. Sebaik-baiknya biarlah berita gembira seperti ini benar-benar sahih agar ia boleh diraikan bersama para peminat.

Namun berdasarkan rekod terdahulu, khabar sedemikian bukan sesuatu yang baru bagi anggota Devotees ini.

Sebagai salah seorang yang tergolong dikalangan Most Eligible Bachelors di Malaysia, Adi Akmal tenang menghadapi khabar sensasi mengenai dirinya.

“Saya belum berkahwin lagi”, jelas beliau ketika dihubungi.

Ujarnya lagi, peminat yang menyampaikan maklumat tersebut mungkin keliru dengan apa yang dilihat di kaca tv.

Album Baru, Adi Akmal Bergerak Solo.

Ketika dihubungi, Adi masih lagi bertugas membuat liputan di Bandung, Indonesia bersempena dengan Asian Africa Conference yang ke-60. Biarpun sibuk dengan tugasan di sana, beliau masih sempat berkongsi beberapa perkembangan terbaru kepada Munsyeed untuk tatapan para peminat beliau.

Menurut Adi, walaupun sibuk dengan kerjaya dalam bidang penyiaran bersama TV Al-Hijrah, beliau masih sempat meluangkan masa untuk melibatkan diri di dalam beberapa projek. Dalam perkembangan terbaru, Adi Akmal dilihat sedang giat menjalani proses merakamkan album baru di studio rakaman Arteffects International. Rakaman yang dimaksudkan ini merupakan sebuah projek album baru qasidah terbitan Hafiz Hamidun.

Adi Akmal dan Fadzli Aziz di studio Arteffects International milik Hafiz Hamidun.

Adi Akmal dan Fadzli Aziz di studio Arteffects International milik Hafiz Hamidun. Foto: Arteffects International

Selain terlibat menghasilkan album qasidah, Adi juga turut tidak mahu ketinggalan untuk bergerak secara solo seperti ahli anggota DEVO yang lain.

“Lagu single solo ciptaan saya sendiri pun dah siap. Insyaallah akan launch bila masa sesuai.”

Tambahnya lagi, pada penghujung tahun ini beliau akan meluangkan masa untuk bercuti bersama peminat mengikuti percutian musim sejuk “Winter In Seoul” anjuran Jom Backpackers dan Ladies Dreams.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response