2 comments

Malam ABPBH – Hijjaz Tegas Jaga Syariat

by on April 6, 2015
 

Penampilan Hijjaz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Arena All Star malam tadi sedikit mencetuskan rasa kurang senang para peminat setia mereka. Apatah lagi, ramai peminat nasyid umumnya tidak mahu melihat mana-mana artis nasyid di mana-mana malam anugerah. Alasan mereka selalunya sama, tidak mahu penasyid mereka bercampur dengan artis-artis arus perdana yang dilihat sebagai ‘seksi melampau’  dan aksi terkinja.

Bagi vokalis utama Hijjaz, Munif Ahmad, kemunculan mereka di malam anugerah gilang-gemilang itu tidak lebih daripada untuk menghargai sumbangan besar yang dilakukan oleh TV3, Berita Harian dan Harian Metro yang masih mengiktiraf kewujudan industri nasyid di Negara ini.

 “Dengan tercalonnya kami di APBH kali ini, secara tidak langsung mereka mengiktiraf kami. Secara kebetulan kami sahaja kumpulan nasyid yang tercalon dalam anugerah kali ini, jadi secara tidak langsung kami mewakili seluruh rakan-rakan  yang bernaung dibawah Munsyid Malaysia”

Hijjaz Tegas Jaga Syariat

Hijjaz di karpet merah Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014

Menurut beliau, Hijjaz sendiri hampir 10 tahun tidak menghadiri anugerah tersebut kerana ada penasyid yang lain lebih layak seperti Raihan dan Rabbani. Namun kali ini mereka datang mewakili seluruh rakan-rakan penggiat nasyid.

“Selepas kategori artis nasyid dimansuhkan pada 2011, kami para penasyid terpaksa bersaing hebat dengan artis arus perdana yang lain. Namun apa yang penting, dicalonkan sudah mampu membuatkan kami rasa masih diiktiraf’

Menjawab kritikan kononnya mereka berada di acara ‘red karpet’ pada waktu Maghrib, beliau menafikan namun ujarnya, agak sukar untuk mengatur pergerakkan mereka pada malam itu.

“Kami hanya keluar dari bilik penginapan jam 8.00 malam iaitu selepas solat Maghrib dan selepas kategori kami disampaikan, kami terus keluar dari dewan.”

Ujarnya lagi, sedikit sebanyak, akhlak Islam yang ditunjukkan dapat diteladani, sekaligus mendorong media terus memberi sokongan.

“Kalau kita ke mana-mana pun ada benda baik, ada benda tak elok. Kalau nak cerita, kita pergi Giant, Tesco semua ada baik buruknya. Maksiat ada dimana-mana.  Ibadah dan syariat mesti diutamakan. Pandai-pandailah jaga diri”kata Munif menutup perbualan.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response